Showing posts with label overseas. Show all posts
Showing posts with label overseas. Show all posts

Monday, 14 December 2015

Bangkok Adventures: Khaosan Road + Silom


Okay, sambung entry previous. Kitorang sampai Suvarnabhumi Airport around pukul 10.15 am local time. Quick fact! Kalau naik AirAsia akan turun Don Mueng Airport, kalau MAS baru turun Suvarnabhumi. Don't get confused ek, these are two different airports.

Jalan dari gate nak ke immigration tu boleh tahan jugak la jauhnya macam KLIA2. Sampai kat immigration, perghh ramai gila orang sebab kebetulan ada 2-3 flight yang sampai lebih kurang masa dengan flight kitorang so bertabahlah. Settle hal kat immigration, terus pergi kaunter nak beli SIM card. Dekat main hall tu memang akan ada 2-3 counter jual SIM, pilih la mana-mana yg berkenan tapi lepas buat comparison, lebih kurang je pakej yg ditawarkan. So kitorang pilih dtac, recommended by TripAdvisor katanya. Harganya 299 baht, 1.5 GB for 7 days, okay la kitorang pun duduk 3 hari je. Beli satu SIM jek then buat tethering, tak payah membazir! Kenapa kena beli internet? Sebab kat Thailand ni sangat susah nak dapat free WiFi and susah kalau travel takde internet, cmne nak guna gps kan.

Lepas beli SIM card, terus pergi basement level naik train Airport Rail Link ke Phaya Thai train station. Hotel kitorang located at Khaosan Road, nak pegi Khaosan dari airport ni ada 3 cara sebenarnya: paling senang naik taxi la kalo kaya. LOL. Second, naik bas tapi cara ni susah sikit sebab semua bas tulisan Thai, risau gila sesat. So kitorang pilih option no 3, naik train ke Phaya Thai then ambil taxi pergi hotel. Jimat la sikit kan. Fare train 45 baht sorang, fare taxi 100 bath per taxi.

Kitorang menginap kat hotel Sawasdee Banglumpoo Inn, betul-betul dekat dengan kawasan Khaosan Road yang happening tu.




Jangan tak tau, hotel ni category 2.5 stars jugak tau tapi rezeki kitorang dapat book hotel ni kat Agoda, dapat harga plus tax dalam RM 75 je per night with breakfast. Normal rate dalam RM 180 kot, yang ni ada 63% off. Kira okay la sebab bila search hostel backpacker pon dalam RM 30/per head toilet kat luar, tidur dorm, tambah sikit dapat hotel 2.5 stars. Memang puas hati!

Lepas dah check-in, mandi, solat jamak and rehat kejap, around pukul 4pm kitorang keluar balik. Plan nak pergi Silom, tapi I pon tak pasti apa yang special kat Silom ni. So dari Khaosan Road, ambil taxi dengan fare 170 baht, kitorang macam nak bebel jugak la sebab mahal tapi rupanya serius memang jauh Silom dari hotel so kira reasonable la harga tu. Hahaha tapi kan malas nak cerita pasal Silom ni sebab semua misi tak tercapai, semua tempat yang kitorang cari tak jumpa. Geram gila! Plan asal nak cari Hard Rock Cafe la, masjid la tapi ada 2 benda je kitorang jumpa: Silom Night Market dengan Silom Mall. 





Lepas cuci-cuci mata kejap and lepak sikit kat Silom back to Khaosan Road for dinner. Plan asal nak dinner kat warung Halal depan masjid tu tp dah x jumpa, pulang la ke gagang. Sampai balik kat Khaosan, terus cari restoran halal. Dah google awal-awal, memang ada dua restoran Halal area sini, satu Indian Restaurant, another one local muslim Thai. Kitorang tak kesah yang mana-mana, yang mana jumpa dulu kitorang redah je. So lepas berpusing-pusing kat Khaosan Road tu akhirnya jumpa la kedai halal, nama kedainya Aisyaa and orang yg jual tu pakai tudung, so terus la yakin ni tempatnya. Kitorang order:

Yellow Rice + Beef (ala-ala beriyani la)

Beef Ball!

-yellow rice + beef: 65 baht
-yellow rice + chicken: 45 baht
-beef ball: 10 bath per cucuk

Lepas dah kenyang, kitorang sambung aktiviti first day ni dengan going around Khaosan Night Market. Actually, Khaosan ni memang kawasan tumpuan tourist kira orang panggil syurga backpackers la sebab night life dia memang hidup. Kalau jalan kat sini, memang akan jumpa orang putih lagi banyak dari local people. Di sepanjang jalan pulak memang akan jumpa food stalls, bar, kedai urut bersepah la. Ya Allah, serius tergoda dengan street foods dia, roasted chicken la, phad thai la tapi tak boleh makan ya. Jangan mengada!



 Pastu terjumpa tempat ni! Peminat Running Man mesti cam tempat ni. Hehehehe.



Then dah penat kaki pusing satu Khaosan, balik ke hotel untuk tidur. Simpan tenaga untuk aktiviti esok ke Damnoen Saduak Floating Market pulak. So, see you in next entry okay. Bye!




Friday, 27 March 2015

Osaka Adventures : Food & Snacks

Assalammualaikum..

Maaf lama sangat menghilang. 
Ada krisis identiti sikit. Eh? 
Ok finally sampai ke entry last untuk Osaka Adventures kita. 
Actually banyak lagi tempat yang tak habis di-cover tapi takpe la. Tak dan nak cover semua. 

Bila orang tahu I pergi Jepun, mostly soalan yg di-tanya tanya lagi (nyanyi nada Taufik Batisah sket plz. No? Okay!) ialah pasal makan. 
Senang tak nak dapat makan halal? 
Makan apa je kat sana? 
Kat sana tak makan ek?
Kenapa makin kurus balik dari Jepun? OK ini tipu.

Kat Osaka ni banyak benda yang boleh dimakan tapi lagi banyak benda yang tak boleh dimakan walaupun nampak macam boleh dimakan. 
Hah paham tak ayat ni?
Contoh macam coklat la. Coklat kot apa yang tak boleh makan nya? BUT harus diingat kat Malaysia pun boleh timbul masalah halal haram coklat Cadbury apetah lagi kat negara asing.
But since I ada kawan kat Osaka ni, so direct consult diorang la. 
Mana boleh makan? Mane tak boleh?

Jom tengok apa jenis makanan yang I sumbat makan sepanjang kat Osaka.

1. Restoran Bab-ul Hayat
Restoran ni located at Tempozan Harbor Village. Kat sini makan buffet style. Bayar 1380 yen boleh makan seberapa banyak. Takde limit masa. Restoran ni served Turkey dishes.


Hiasan dalam restaurant

Food section

Chocolate fountain pon ade



2. La Capricciossa
This restaurant as far as I concerned, ada 2-3 branch dalam Osaka kalau tak silap. But weolss pergi yang dekat Yodobashi-Umeda Building. Located at Level 5. As recommended by Syafiq and Aker, weolss order crab spagetti large size + seafood pizza regular size.
TIPS:
-Cannot take away okay. So, kena order berpatutan, jangan tamak.
-Kitorang tak order air pon. Dia refill plain water as requested. Pergi sini time buka puasa, orang tu mesti pelik I request refill air sampai 5-6 x. LOL.
-Dia punya large size tu memang large. Boleh 4-5 orang makan. Kitorang makan 3 orang tak habis.




3. First Kitchen
The only fast food yang boleh makan kat Osaka. KFC and McDonald's tak boleh sebab the cooking oil yg diorang guna tu. But, bila kata boleh makan, bukan semua boleh makan la. Kena choose burger yang seafood base or vegetable based only.

Ebi Sandwich + Iced Americano for me :)
4. Sushi Station
Tak complete la pergi Jepun tapi tak try sushi dorang kan. Fun fact about sushi ni, weolss makan time malam raya. Sadis enough? Orang Malaysia tengah makan lemang, sambal kacang, rendang segala kitorang bantai makan sushi and udon. Sama macam Sushi King, harga dia ikut berapa banyak plate kita makan. Range harga from 100 yen to 300 yen per plate.




5. Takoyaki and Taiyaki
These two snacks wajib try if you go to Japan. They are some of very popular street food. Rugi la kan datang all the way to Japan tak try. Yepp, kat Malaysia pon ada tapi the taste is very different!
Taiyaki is a fish shaped snacks and ada few flavours jugak :custard, chocolate, red bean. But custard plg recommended!

Takoyaki
Taiyaki
6. Partyland Frozen Yogurt
This one kat Umeda-Shinsaibashi ada banyak. Okay this one lebih kurang sama je macam Froyo yang ada kat Malaysia tu. Tutti Frutti and Snogurt. Kita pay ikut berapa banyak kita amik. Tapi lupa pulak harga 100g berapa. Hee..sorry!
TIPS:
-Tak semua flavour boleh makan. Kena rajin tanya dengan pekerja situ content flavour yang lain macm sikit. Tapi yang flavour buah semua insya allah okay.
-Topping pon tak semua boleh. Marshmallow and gummi bears tak payah la amik sebab tak yakin source nya. Hehehe..





7. Ice-cream
For your info, ice cream macam Haagen-Dazs and Baskin Robbins yang mahal kat Malaysia ni sangat murah kat Jepun. So rugilah kalau tak makan. BR kat Osaka 4 scoops for 500 yen je. Around RM 15. Murah kan??? Haagen-Dazs ada je kat any Family Mart or 7-Eleven while BR melambak je kat jalan-jalan Osaka ni.




Ice cream vending machine pon ade!
8. Variety of breads
Snacks yang paling senang nak jumpa is roti. Kat mana2 ada, Family Mart ada, 7-eleven ada tapi again kena check betul flavour dia. Even sekadar white bread, jangan ambil mudah. These cute breads I beli time kat Kobe Anpanman. Arghhh kawai desss...


Variety of cute breads
Kawan Anpanman - Evin - Anpanman
9. Indian Cafe & Restaurant
Malam last before return to Malaysia, Syafiq sempat bawak me and his parents to this Indian Restaurant. Just few stations from Minoh. Kat sini served naan and variety of curry.. For your info, banyak je indian restaurant kat Osaka ni cuma kena tengok mahal or murah je.





10. Fisherman's Market Kobe
Located at Kobe Harborland. This place ni quite mahal la. Makan ala buffet. 2800 yen per entry and boleh makan as much seafood as you can. I dah la not so into seafood sangat so agak rugi la. Tapi nasib baik orang yang belanja masa ni. Hehehehe..


So that were some of foods & snacks yang boleh dimakan while you at Japan. Love to remind you that even kita kat tempat orang, makan kena jaga. Jangan main sebat semua nak try. Expecially bila jumpa street food. Ya Allah, I memang banyak gila tergoda dengan itu ini, but this is not a Muslim country. Kena ask before you buy any food. Dan before pergi tu buat research sikit. Bukan Jepun je, any country pon camtu jugak. Luckily I have friends yang stay in Osaka so semua consult dorang. So I guess this is the end of Osaka Adventures entry. See you in next series of entry okay. Konichiwa.

Wednesday, 11 February 2015

Osaka Adventures : Osaka Castle + Tempozan Harbor Village

Konichiwa..

Setelah lama mengabaikan entry Osaka sebab terlalu busy writing thesis meneruskan #ProjekJJCM and #EvinAdventures moh le kita sambung cerita Osaka. Shall we? 

Okay, kalau nak tahu time pergi Osaka Castle ni betul-betul first time I travel alone sebab masa ni 2 hari lepas Kak Norly balik Malaysia.
Macam-macam perasaan : excited ada, nervous ada.
Malam sebelum nak pergi tu google Maps siap-siap tempat yang nak pergi. Naik train mana, kat station mana nak berhenti, kat station mana nak tukar train etc.
Almaklumlah, I bergerak ni tanpa ada internet connecton, so preparation yang complete amatlah diperlukan. Cakap Jepun tak reti -_-

And keesokkan harinya, bermulah perjalanan secara solo. Before naik train pastikan kad ICOCA telah ditopup. Ye la kalau sesat ke apa, taklah kelam kabut balance card tak cukup la apa. Tapi tak perlu risau sangat sebenarnya sebab kat mana-mana station pun boleh topup. Tapi ready awal kan bagus whatt.

Dari Minoh Station straight pergi Umeda using Hankyu Line. Dari Umeda Station kena jalan sikit untuk ke JR Line sebab nak pergi Osaka Castle kena through JR Line. Harga ticket JR line ni mahal sikit compared to Hankyu Line. Kat sini kena make sure anda pilih Line yang betul ya. Kalau tak tersasar ke hati lelaki Jepun handsome ke mana-mana tah. After lebih kurang 40 mins dalam train, akhirnya sampai ke Osakajokoen Station.

Osakajokoen Platform
Nak sampai kat station ni tak susah, tapi dari station nak jalan ke Osaka Castle ni agak pening sikit jalan ni tapi dont worry ada signboard, so follow je. On the way tu akan lalu depan baseball field then finally nampak bayang Osaka Castle melambai-lambai dari jauh. Hilang semua penat kejap.
Osaka Castle melambai riang
Takde orang nak ambilkan gambar, so tebalkan muka mintak tolong one Japanese lady ambilkan gambar. Ngaseh!

Bukti dah sampai!
 Alang-alang datang dari jauh, rugilah pulak kalau just ambil gambar dari luar je kan. So jom masuk dalam! Tiket masuk Osaka Castle is 600 yen, tak perlu Q panjang. Beli kat vending machine je. Jepun kan. Vending machine everywhere.




Dekat Level 2, ada kimono section. Bayar 300 yen boleh pakai kimono. Sebab saya batak and again datang dari jauh so bayar je la nak posing as kimono girls. Erkkk.. Kali ni makcik jaga kimono jadi mangsa photographer saya. Hahahaha..

The kimonos 
Dah puas bergaya dengan kimono, jom naik sampai atas. Basically dalam castle ni penuh dengan hiasan pedang + gambar sejarah. Ala u know the normal museum. Camtula dengan castle ni.

Level paling atas dalam Osaka Castle.
Rasa cam taknak turun.
Nak pause masa.
Nak stay sini forever.
Taknak balik Malaysia :(


Dah penat pusing Osaka Castle, dengan cuaca panas 34 degree jom patah balik ke Osakajokoen Station. Sampai station je terus teguk 1 botol Pocari Sweat. Pheww lega..

Then lets off to Tempozan Harbor Village. Baca kat blog kat sini ada Osaka Aquarium (Kaiyukan), Tempozan Ferris Wheel and bazaar nak beli sourvenier. So nak try la tengok kan.

Dari Osakajokoen, naik train sampai ke Osakako Station. Jalan dalam 15 mins jumpa dah. Tapi before tu sesat 2 mins jugak. Pesen tak paham arahan, suh belok kiri, belok kanan.

Dari jauh nampak dah ferris wheel dia. Weeee...


Sebab perut dah start berkeroncong, I terus la check in kat one Turkish restaurant: Bab-ul Hayat for lunch. Kat sini makan ala buffet. Bayar 1380 yen boleh makan sebanyak mana pun. Plus time ni dah start rindu nak makan ayam-ayaman, sobss. And dijamin Halal :)

Turkish feeling is important
Kosong. Tak ramai orang. Yeay!
Food area
Chocolate fountain pon ada!
Meh i translate kan : 1380 yen per head :P
Peneman makan saya : great view
Perut dah kenyang, baru best nak pusing Tempozan ni. Tempat cantik yg menenangkan perut yang penuh. LOL.


Osaka Aquarium (Kaiyukan)
Kat sini pun ada jual sourvenier macam keychain semua tu tapi rasanya kat Kyoto lagi murah and banyak choice kot.


And gatal nak try naik Ferris Wheel dia, nak tengok satu Osaka konon nya *wink*

Admission fee is 800 yen. Tapi sekali pusing je.
Bertabahlah, bila lagi nak try kan. Taktau akan dtg sini lagi ke tak in future *sedapkan hati*

Belanja selfie dalam Ferris Wheel. Naik sorang je. 
Awesome view
Dah puas jalan.
Pulang marilah pulang.
Bye Incik Ferris wheel.
See ya!