Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Monday, 14 December 2015

Bangkok Adventures: Khaosan Road + Silom


Okay, sambung entry previous. Kitorang sampai Suvarnabhumi Airport around pukul 10.15 am local time. Quick fact! Kalau naik AirAsia akan turun Don Mueng Airport, kalau MAS baru turun Suvarnabhumi. Don't get confused ek, these are two different airports.

Jalan dari gate nak ke immigration tu boleh tahan jugak la jauhnya macam KLIA2. Sampai kat immigration, perghh ramai gila orang sebab kebetulan ada 2-3 flight yang sampai lebih kurang masa dengan flight kitorang so bertabahlah. Settle hal kat immigration, terus pergi kaunter nak beli SIM card. Dekat main hall tu memang akan ada 2-3 counter jual SIM, pilih la mana-mana yg berkenan tapi lepas buat comparison, lebih kurang je pakej yg ditawarkan. So kitorang pilih dtac, recommended by TripAdvisor katanya. Harganya 299 baht, 1.5 GB for 7 days, okay la kitorang pun duduk 3 hari je. Beli satu SIM jek then buat tethering, tak payah membazir! Kenapa kena beli internet? Sebab kat Thailand ni sangat susah nak dapat free WiFi and susah kalau travel takde internet, cmne nak guna gps kan.

Lepas beli SIM card, terus pergi basement level naik train Airport Rail Link ke Phaya Thai train station. Hotel kitorang located at Khaosan Road, nak pegi Khaosan dari airport ni ada 3 cara sebenarnya: paling senang naik taxi la kalo kaya. LOL. Second, naik bas tapi cara ni susah sikit sebab semua bas tulisan Thai, risau gila sesat. So kitorang pilih option no 3, naik train ke Phaya Thai then ambil taxi pergi hotel. Jimat la sikit kan. Fare train 45 baht sorang, fare taxi 100 bath per taxi.

Kitorang menginap kat hotel Sawasdee Banglumpoo Inn, betul-betul dekat dengan kawasan Khaosan Road yang happening tu.




Jangan tak tau, hotel ni category 2.5 stars jugak tau tapi rezeki kitorang dapat book hotel ni kat Agoda, dapat harga plus tax dalam RM 75 je per night with breakfast. Normal rate dalam RM 180 kot, yang ni ada 63% off. Kira okay la sebab bila search hostel backpacker pon dalam RM 30/per head toilet kat luar, tidur dorm, tambah sikit dapat hotel 2.5 stars. Memang puas hati!

Lepas dah check-in, mandi, solat jamak and rehat kejap, around pukul 4pm kitorang keluar balik. Plan nak pergi Silom, tapi I pon tak pasti apa yang special kat Silom ni. So dari Khaosan Road, ambil taxi dengan fare 170 baht, kitorang macam nak bebel jugak la sebab mahal tapi rupanya serius memang jauh Silom dari hotel so kira reasonable la harga tu. Hahaha tapi kan malas nak cerita pasal Silom ni sebab semua misi tak tercapai, semua tempat yang kitorang cari tak jumpa. Geram gila! Plan asal nak cari Hard Rock Cafe la, masjid la tapi ada 2 benda je kitorang jumpa: Silom Night Market dengan Silom Mall. 





Lepas cuci-cuci mata kejap and lepak sikit kat Silom back to Khaosan Road for dinner. Plan asal nak dinner kat warung Halal depan masjid tu tp dah x jumpa, pulang la ke gagang. Sampai balik kat Khaosan, terus cari restoran halal. Dah google awal-awal, memang ada dua restoran Halal area sini, satu Indian Restaurant, another one local muslim Thai. Kitorang tak kesah yang mana-mana, yang mana jumpa dulu kitorang redah je. So lepas berpusing-pusing kat Khaosan Road tu akhirnya jumpa la kedai halal, nama kedainya Aisyaa and orang yg jual tu pakai tudung, so terus la yakin ni tempatnya. Kitorang order:

Yellow Rice + Beef (ala-ala beriyani la)

Beef Ball!

-yellow rice + beef: 65 baht
-yellow rice + chicken: 45 baht
-beef ball: 10 bath per cucuk

Lepas dah kenyang, kitorang sambung aktiviti first day ni dengan going around Khaosan Night Market. Actually, Khaosan ni memang kawasan tumpuan tourist kira orang panggil syurga backpackers la sebab night life dia memang hidup. Kalau jalan kat sini, memang akan jumpa orang putih lagi banyak dari local people. Di sepanjang jalan pulak memang akan jumpa food stalls, bar, kedai urut bersepah la. Ya Allah, serius tergoda dengan street foods dia, roasted chicken la, phad thai la tapi tak boleh makan ya. Jangan mengada!



 Pastu terjumpa tempat ni! Peminat Running Man mesti cam tempat ni. Hehehehe.



Then dah penat kaki pusing satu Khaosan, balik ke hotel untuk tidur. Simpan tenaga untuk aktiviti esok ke Damnoen Saduak Floating Market pulak. So, see you in next entry okay. Bye!




Wednesday, 17 December 2014

Osaka Adventures : Namba + Umeda

Jom sambung entry pasal Osaka jom sementara tunggu Syaza abes discussion. Hahahaha alasan sungguh. Okay back to the story. Start second day kat Osaka tu baru kitorang (read: me, Dayah, Kak Norly) jalan-jalan. Dayah dah pernah dtg Osaka time winter aritu, so dia dah terer la jugak jalan Osaka ni. Tempat first yang dijejaki is Namba. Sini famous untuk orang suka shopping. Kak Norly happy la pergi tempat camni. Plus dah kerja and berduit kot. LOL. Please note that time ni bulan puasa tau, tegar tak tegar jalan-jalan dalam panas buta. Sobss..

Antara kedai-kedai yang ada kat Namba :





Baru jalan berapa meter, dah start berpeluh. Suhu dekat 37 degree kot masa ni *pengsan*. Masuk mall kejap, curi aircond. Hahaha. Motip sangatt. Nampak kedai macaroon, stop lagi. Padahal kat Malaysia tak pernah makan pon. Batak!


Variety of macaroon

Dah puas 'sedut' aircond, sambung jalan lagi. Maybe sebab time tu summer and puasa pulak tu. Penat dia lain macam tau. Tapi posing tetap posing.

Shot wajib kalau datang Osaka!

Kipas sentiasa kat tangan. Panas panas panas.


So dah puas kitorang (read: Kak Norly + Dayah) shopping baju + perfume, dah nak dekat buka time pon. Almost 3 jam jugak la pusing satu Namba-Shinshaibashi ni. So terus pergi Partyland untuk berbuka. Buka kat kedai frozen yogurt woi.


Me - Dayah - Kak Norly
Sempat tapau takoyaki kat Shinshaibashi

Pas dah berbuka tu memang fully recharged la. Sanggup je kalau nak pusing satu Namba-Dotonbori-Shinshaibashi balik. Over sangat. Then malam tu kitorang jalan-jalan kat Yodobashi Umeda. 


Kat sini famous kalau orang nak beli barang elektronik : handphone ke, kamera ke, laptop ke. Tapi kitorang datang sini ada misi lain : nak makan spagetti ketam kat La Capricciossa kat level atas sekali tu as recommended by Syafiq + Aker.

Muka lapaqqq
Spagetti Ketam Large Size
Seafood Pizza
Actually that day wasn't the only time kitorang turun Namba-Umeda. Few days pastu time 1 Syawal time orang sibuk makan lemang ketupat, me and Kak Norly decided to revisit Umeda. Tapi time ni Dayah dah balik Malaysia sebab cuti beliau dah habis. Second time ni kitorang turun kat Umeda Station and jalan ke Umeda Skybuilding. Sesat-sesat jugak la nak cari building ni tapi Alhamdulillah sampai jugak. Agak jauh jugak la nak jalan dari Umeda Station.

Umeda Skybuilding
Tinggi building ni about 173 meter: consists of two main tower and connected to each other at 39th floor. Ala-ala KLCC la kot. Tiket nak naik Umeda Skybuilding ni costs 700 yen. Nak naik ke tingkat Floating Garden tu, kena naik escalator yg panjang gila, kiri kanan dinding transparent. Ya Allah, seram kemain. Dah la aii ada escalatorophobia. *nanges*

Escalator yg tak nampak penghujungnya *gigil*



Take 5 kat Cafe dalam tower ni. Surprisingly harga drinks and foods kat sini tak mahal, sama ja macam kat kedai-kedai tepi jalan yang lain. Amazed kejap.

Cafe Sky 40
Iced americano sambil tengok sunset
Sebelum turun, singgah sourvenier shop. Tak beli, tengok je mampu.


Kanak-kanak batak cermin
Okay laa tu je kot untuk entry Namba-Umeda. Nanti sambung cerita pasal tempat lain pulak okay bila dah start rajin and malas nak buat kerja. Hihihiks. Till then, babai :)

Wednesday, 10 December 2014

Perth Travelog : Part IV

Hello semua. Saya nak jugak abeskan entry last Perth ni. Promise pasni saya sambung masuk gua balik. Boleh tak?

OK sampai ke last part of Perth Travelog saya. Kejap je pun vacation Perth ni, 3 hari 2 malam. So untuk hari terakhir ni, lepas siap-siap packing barang semua, tinggal semua beg kat kaunter hotel and check out siap-siap. Kitorang keluar around 8 pm and target by pukul 12 dah kena gerak  pergi airport since flight Perth-KL kitorang pukul 4 pm. Pagi tu cuaca agak mendung and ready to raining. 

Itinerary untuk last day ni ialah naik ferry ke South Perth and sightseeing kat Perth City. So aktiviti dimulakan dengan photoshoot kat area Criterion Hotel, tempat kitorang menginap tu.


Otw nak ke jetty, singgah kejap kat London Court and photoshoot lagi.




OK, pas London Court jalan lagi jumpa Stirling Garden. Berenti ambil gambar lagi. Hahaha



Finally sampai ke Swan Bell Tower. Tower ni sebelah je dengan Barrack Jetty tempat nak naik ferry tu.
Swan Bell Tower

Barrack Jetty

Lepas dah beli tiket, jom naik ferry pergi seberang South Perth sana.

Dalam ferry

In front of Perth Zoo
Pas jalan lebih kurang kat seberang, kitorang balik ke area hotel and lunch kat sana. Untuk lunch for the last time kat Perth ni, kitorang pilih Kedai Kebab. Ok tak ingat nama kedai ni. Maap!



Pas lunch, kitorang rush to hotel and get ready to balik! Alhamdulillah safely arrived at KLIA2 around pukul 10. And vacation to Perth is a huge success. Semua smooth je, takde pape problem. Plus si kecik Irsyad Syamim sangat behave. Sangat suke Perth and insya-allah will go again there someday. Dengan sapa??Tunggu..ok miang!

Monday, 8 December 2014

Perth Travelog : Part III

Hahahaha.. *evil laugh please* Hiatus mode hanya bertahan seminggu. Cett sungguh kan. Lari kejap sebab nak update Perth travelog. Aci much?

Okay jom sambung ceritera Perth bahagian ketiga. Third day ni kitorang dah tak gerak naik kereta sewa, naik cuba public transport pulak. Ok bila kita pergi negara orang, try public transport dorang is a must. So sementara tunggu my brother in law hantar kereta sewa tu, kami posing-posing dulu kat Perth City ni. Sejuk gila weather pagi-pagi ni. Around 11 degree kot. Time tu hari Sabtu, so jalan tak se-busy semalamnya.

Auntie mithali : with Insyirah + Irsyad

Fefeeling winter katenya..


Bila Abang Is dah sampai, kitorang terus jalan ke nearby Perth Train Station. Mula-mula kena beli tiket yang harga dia around AUD 11. Satu tiket ni boleh travel semua jenis bas/ train untuk satu hari.

Cik pelancong tengah beli tiket
Destinasi kitorang pada hari kedua ni ialah Fremantle tapi nak dijadikan cerita, boleh pulak line train ke Fremantle tu under construction. So nak taknak, kena la naik bas ganti tu. Tapi bas dorang bukan macam bas awam kat Malaysia ni, bas dorang pun ala-ala train jugak. Selesa je sepanjang perjalanan.

Lepas travel around 45 mins la jugak kitorang pun sampai kat Fremantle Port. Turun bas je rasa angin sejuk dia. Weee..ai is happy. So dah kate vacation ni, vacation tumpang kan, I pon follow je la le sis. Sampai je kat Fremantle terus menapak ke E-Shed Market which means its shopping time. 

Mula masuk, pusing-pusing rasa mcm tak banyak je kedai tapi dekat 3 jam jugak la habis kat situ. Rambang mata woii pilih sourvenier. Serius memang tak sangka harga keychain, tshirt, sweater dia much much murah dari yang expected. Bayangkan la satu tshirt boleh dapat around AUD 5, murah tak murah? Plan asal cuma nak beli satu sweater and satu patung kangaroo for myself + few fridge magnet for close friends, last-last banyak jugak la yang dapat dibeli (fridge magnet, patung koala, keychain, t-shirt, sweater, tote bag). Sambil shopping tu sambil merayu kat le sis nak tumpang baggage dia since ai tak beli baggage untuk balik nanti. Hihihi..



Lepas dah shopping macam orang gila, sambung lagi jalan nak lunch fish & chip katanya. Jalan kaki around 15 mins jugak la dari E-shed market ke tempat fish & chip tu. Sampai situ tengok agak penuh la sebab Kaili's Fish And Chips ni famous kat sini. So lepas dah chop meja, me and my sis pergi beratur order fish and chip. Macam-macam set ada, rambang mata la jugak. Harga satu set around AUD 14-20 tak termasuk drinks ya kawan-kawan.

Senarai menu kat Kaili's


Hot Mocha is a must!

Deco kat dalam Kaili's
Lepas perut dah kenyang, otw ke tempat bas nak balik ke Perth City, singgah Esplanade. Kat sini ada Ferris Wheel, tapi walaupun saya memang peminat no 1 ferris wheel tak naik pun sebab kejap je kat situ, nak rush balik Perth City sebab tak solat lagi kan.


Pas balik hotel, mandi + solat + rest around pukul 8pm kitorang keluar balik for dinner. And berjaya hasut Cik Inci stay kat bilik I. Nak biasakan dia jangan asik nak melekat je dengan parents dia. Hehehe. Make over Cik Inci jadi little Cik Vivin. Hehehe.


Malam tu kitorang lunch kat Restoran Love & Care: dorang serve makanan Melayu kampung macam sambal tumis udang, telur dadar, ayam kari dan sayur kubis. Owner kedai ni orang melayu Singapore rasanya. Lapaq kemain tak sempat snap makanan. Hehehe..


Pas jalan-jalan area depan hotel, kitorang pun balik bilik since nak kena packing untuk balik. Waaa kejap je kat sini kan. So jumpa next entry, last day at Perth!

Teman sekatil. Hehehe :)