Showing posts with label hipster cafe. Show all posts
Showing posts with label hipster cafe. Show all posts

Sunday, 8 November 2015

Ecru Tuckshop


Hello.

New entry to promote new eating place. Yumss. Blog ni dah boleh rasa nak transform jadi blog JJCM rasanya. Uhuks. Today I nak share about this another one hipster cafe in Johor. *drum roll pls* 

It's Ecru Tuckshop, located just beside AEON Kulaijaya, about 20 mins from UTM (kot la). I've been there for three times. Dua kali time bulan puasa + sekali just few weeks ago sebab nak celebrate post-viva Aker.

Tempat wajib amik gambar kalau datang :)

First time pergi, with Syaza + Awang + Bella







Second time dengan Jiya + Awan, pon time buka puasa.



Third time with geng Diva Kepochi for Aker's post viva celebration




Some of the menu:

Three layer tea + Cincau Lychee + Cincau Marble Coffee + Lemon Tea

Chicken Parmigiana + Spaghetti Bolognese

Meatball

Kaya + Butter Toast


Black Pepper Chicken Chop

Selain dari menu kat atas ni, ada banyak lagi menu dia such as nasi kukus + ayam berempah + pajeri nenas, nasi lemak, beef nachos, variety of soups etc. Kalau nak datang for snacking pon boleh since dorang serve light menu macam fries + toast jugak.

For your info kedai ni bukak as early as 9.30 am for breakfast until around 10.30 pm from Tuesday to Sunday, closed on Monday. Harga memang sangat affordable, paling mahal menu dia RM 20 kalau tak silap. Rasa dia pon okay, kena dengan selera I.

Kedai dia comel je, so kalau korang plan for gathering or birthday party, better call first. Time pergi bulan puasa aritu + gathering I memang akan call for booking dulu, sampai haritu I call nak book tetibe orang tu tanya, "Ni Cik Evin ke?" Hahaha..nampak sangat pelanggan tetap. Eh!

For further info boleh la tengok FB dia: Ecru Tuckshop :)


Monday, 2 November 2015

Kilang Bateri JB

Holla people..

It's an update from me! Nak review about this one place yang tetibe viral semacam kat FB. So sebab nak ikut arus peredaran zaman, I pon try la jenguk Kilang Bateri ni. Ape benda sebenarnya Kilang Bateri ni? Okay, check this out. Kilang Bateri ni adalah satu tempat lepak baru untuk warga JB. located at Tampoi Industrial area. Kalau from Plaza Angsana tu, terus je. Your destination will be on your right. Eceh!

Kilang Bateri previously exist as kilang bateri Eveready yang telah di-transform kepada tempat makan, tempat jual baju, tempat jual buku, ada court futsal + ada mini stage untuk performance. Since dulu sini kilang bateri, ramai yang tanya selamat ke? Takde ke sisa-sisa lithium, plumbum segala. Jawapannya..saya pon tak tau! Hahaha. Tapi mestilah dorang dah buat inspection before buat, takkan main redah je. Ye tak?

Menu makanan yang ada : Western food (chicken chop,lamb chop), nasi ayam penyet, nasi lemak, waffle, asam pedas, beriyani, wantan mee, ice-cream, cereal, burger & sandwiches, sengkuang calit, donuts.

First time pergi dengan Syaza + Kak Nad + Awang.




Main entrance

Depan Hipster Book Shop. Sempat Kak Nad sambar 2-3 buku.




Me + Kak Nad
Eh Cupchai pon ada!


PotsKitchen @ Kilang Bateri

Second time pergi, sebab nak celebrate farewell party for Awang Azrul sempena keberangkatan beliau kembali menjalankan tugas di negeri di bawah bayu. Gicheww skema ayat.


Bye Awang!

Eh! Adam Mikail pon ada :)







I've been there for three times and setelah detail kajian dibuat waktu paling sesuai nak pegi ialah time petang sebab orang tak ramai sangat. First time pergi tu I gi around pukul 6pm, sampai tu round2 kejap then masuk Maghrib terus solat. Oh dont worry ada surau disediakan kat situ.

Time second and third time gerak time lepas Maghrib, sampai around pukul 8.30 memang la manusia tengah ramai. Since kat sini makan dia konsep food court so jenuh la beratur nak beli makanan tu. Plus kaunter minuman ada satu je, so berjela la beratur. Lagi satu kalau datang lewat ni banyak menu yang dah abis. So pilihan makanan sangat limited. Sangat tak recommend untuk pergi malam.

So conclusion nya, for me kalau untuk gather ramai-ramai & lepak tempat ni sangat sesuai. Tapi kalau you look for food, so-so je. Sebab makanan yang ada kat sini limited choice and biasa je. Nothing special. Sama macam makan kat food court biasa. Huhuhu.

Till then, bye!



Wednesday, 7 October 2015

Cats Cafe JB


Let's talk about Cats Cafe JB: Cats at Their Sanctuary this time. Again, ni bukan cerita fresh ya. I pergi sini last month. Motif pergi sebab tiba-tiba kat FB and IG ramai kawan2 pakat pergi, so taknak ketinggalan, kena la pergi jugak. Oh by the way, walaupun my nickname is Half Cat, Half Robot, I ni jenis yang takut kucing sebenarnya. Tapi sebab nak ikut arus peredaran zaman and ditemani another three cat lover, so cekalkan la jugak hati ni. Hahahaha.

Cats Cafe ni opened from 1 pm - 9.30 pm, closed on Wednesday. Located at Jalan Abdul Samad, kalau datang dari Danga Bay tu, lepas traffic light KFC near Thistle Hotel tu ambil belah kiri? Paham tak? Erm..waze je la. I pon guna waze jek. Hahahaha.

Kitorang sampai around pukul 6pm, just nice kot, orang tak ramai sangat. Time kitorang nak balik dalam kol 7.45 camtu, orang dah start ramai. So, saya suggestkan pergi siang + weekdays ye kawan2. Kalau weekend lagi ramai la kot.


Before masuk ruang cafe tu, ada sink. Kena basuh tangan, lap then use sanitizers + shoes off then baru boleh masuk.  Pas being seated, waiters bagi benda ni. Ingat menu, tapi rupanya....


Siap ada CAT RULES!!!! Memang kemain tau kusheng ni. Dah paham rules, baru dorang bagi menu.

Muka serius tengok menu

Sementara tunggu order, AJ, Syaza + Kak Nad pergi bermain dengan kucing tapi cik Half Cat, Half Robot duk bersila je atas sofa. 2-3 kali jugak la terkeluar suara comel sebab perasan kucing nak datang kacau padahal dorang tak berminat pon. Cettt.. Bosan tunggu order dan pena disergah kucing, saya join jugak main kucing.




Yang grey ni, kucing betul tau. Bukan palsu.
 Ok..sambung posing kat dining table pulak.

#TeamJJCMProject



Half Cat, Half Robot yang pemalu

Yeay. Finally makanan sampai! For your info, makanan kat sini agak pricey, maybe because dorang nak tanggung cost maintenance kucing2 ni. Yela, bukan sebarangan kucing kat sini. Kucing mahal2 masing. So jangan terkejut la dengan harga dia but still affordable. Range food between RM 15-30 kalau tak silap.




So overall, it was a fine and enjoyable dinner sambil ditemani kucing yg berlegar. To all cat lovers, you should go. To not so cat lover macam I pon boleh pergi jugak, sebab kucing kat sini takde makna nak dtg menggesel kat kita. Kita yang kena kejar dia, Well, high class kan, ape dia kesah kat rakyat marhaein macam kita ni. Hahaha. Till then, bye!


Thursday, 11 June 2015

Hipster Cafe at Jalan Dhoby

Hello people, how's life? 
Miss me and my projek JJCM review?? 
Hahahaha.. I wish!

Here are another 3 cafe area JB yang chugaiss boleh try. 3-3 ni located at Jalan Dhoby, Johor Bahru. Dekat je dengan Bazaar Karat. Ok, pendekkan cerita, jom start review.


The first cafe is IT Roo Cafe with tagline "Best Chicken Chop in Town". Ok tengok tagline je pon dh boleh tahu la kot specialties dia memang chicken chop. 


Main menu dia IT Roo chicken chop and korang boleh pilih fried vs grilled, sauce pulak mushroom vs black pepper. Harga chicken chop dia RM 15. I dah pergi 2 kali kat sini, and both times i choose fried chicken chop with mushroom sauce. De-Li-Shus!


Selain chicken chop, cafe ni serve menu ala2 kopitiam. Ada sandwiches, soup etc. Tapi jangan tanya sedap ke tak sebab I tak pernah try lagi. Oh, harga drinks dia standard je macam kedai biasa.


Second cafe is Cafe Lokap, also located at Jalan Dhoby. Yang ni baru bukak dalam sebulan lepas kalau tak silap. Konsep cafe ni buat kita fefeeling makan dalam lokap la. 

Dalam penjara cinta?



Menu agak limited, tak banyak variety. Some of the menu are : chicken chop, tortilla, pasta, curry puff, twister fries. Range harga untuk main dish dia dalam RM 9.90 to RM 15.90.Me + Syaza + Awang pilih Aglia Olio Pasta, Island Chicken Tortilla and Lokap Pasta for entree and cheesy curry puff and twister fries for starter.


Overall, biasa je taste food kat sini. Nothing special. Maybe sebab baru lagi bukak, tak banyak lagi menu dia. Tapi, layanan dia first class. Waiter sangat polite, senyum je explain satu-satu menu kat kitorang yang banyak tanya ni. Hehehehe..

Lepas dah makan berat, mestilah your tummy need some sweet desserts kan. So, here I nak recommend this one The Ice-Cream Project. 



Biar resit berbicara
There are 4 flavours : original, chocolate, butterscotch and brownies & cream.

What make their ice cream different from other normal ice cream is they made the ice cream using liquid nitrogen. First the will mix the ingredients and then pour the super cold liquid nitrogen and it will freeze instanly. Ok, don't make me start with all chemistry crystallization rambling things. LOL.

Choco flavour is my favourite!
Been there twice and I already try all the flvours except original. Harga dia quite mahal and the cup is small but its worth it! Trust me. It's De-Li-Shus..Totally recommended!
My tips, kalau pergi bertiga, buy 2 cups pon okay. Sharing is caring kan :)

I think that's it for now. Been busy lately but still I want to update about eating place, tegar kan. OK jumpa in next entry :)