Showing posts with label food hunting. Show all posts
Showing posts with label food hunting. Show all posts

Thursday, 17 December 2015

Damai Seafood Village


Okay mula-mula izinkan I gelak jap. Hahahahaha. Kenapa nak gelak? Sebab tadi tengok2 folder gambar tiba-tiba terjumpa gambar time kitorang buka puasa kat Damai Seafood Village bulan puasa haritu, baru sedar oh tak share lagi kat blog ni. So as usual baru terhegeh nak update kat blog. Takpe la kan kan. Okay, nak tunjuk sikit teaser kedai ni. 


Time ni a few days before masing2 nak balik raya, so untuk bulan puasa tu tak sempat lagi nak kumpul buka puasa ramai2 tu yang pagi tu plan, ptg tu terus pergi. Kira macam adhoc plan la. Pastu check kat FB kot tetibe jumpa promo buka puasa and 2 tahun lepas memang dah penah pergi pon, so yakin la dgn kesedapan nya. So apa lagi, terus call booking for 10 orang. Kebetulan pulak masa tu 3-4 hari before birthday Adam Mikail and belated birthday for Aker so plan sambut sekali harung la mama and anak. Hehehe. 

Kat mana sebenarnya kedai ni? Kedai ni located kat area Sg. Danga / Perling. Kira tengah2 camtu la. Kalo sapa nak pergi don't worry, ada kat WAZE, follow jek. Sampai kat sana around pukul 6 terus order menu, yela takut tak sempat sampai by buka puasa pulak kan. Lepas dah order and sementara tunggu yang lain2 sampai, kita posing2 ambik gambar dulu.

Awan - Evin - Syaza - Umi


Dah macam model magazine wei!
 Yeay..akhirnya sampai pon orang yang nak diraikan :)

Elham -  Umi - Dayah - Adam - Syaza -
Awan - Evin - Aker - Syafiq

Berapa minit before masuk waktu buka puasa, akhirnya sampai pon menu yang di-order. Sangat cepat & cekap ya. 

Penuh meja!

Dua budak lapar
Kitorang ambik pakej buka puasa RM 225 untuk 10 orang termasuk nasi goreng, buah-buahan, air tembikai 1 jag and menu2 kat bawah ni:


Udang Goreng Butter

Siakap 3 Rasa

Tomyam Campur

Sayur Campur

Sotong Masak Sambal

Ayam Masak Lemon
Dalam gambar nampak sikit kan, tapi depan mata memang banyak wei. Time mula-mula sampai tu masing2 macam, eh cukup ke ni? Pastu sudanhya tak abes makan pun. Ikan Siakap tu dia bagi satu je tapi besar gila, kitorang makan tak abes kot. Bukan sebab tak sedap ya, sebab dah kenyang. Sedap sangat and totally recommended.

Pas dah kenyang, kita celebrate birthday pulak.

Aker - Syafiq - little Adam Mikail

Umi - Elham -  little Adam Mikail

Lepas abes siap makan tu dah pukul 7.30, tapi tak payah kelam kabut sebab ada surau disediakan, so stop borak, kita solat dulu. Lepas solat sambung borak-borak + makan kek. Yela, bukan selalu dapat kumpul ramai2 camni.

Before balik, posing lagi. Hehehe. Perempuan! Yang lelaki tukang ambik gambar je la.


Overall, memang puas hati makan kat sini. Service cepat, rasa sedap, tempat cantik, portion banyak, harga affordable. Sangat recommended. Okay, kemain kan puji tau. Hehehe.


Sunday, 8 November 2015

Ecru Tuckshop


Hello.

New entry to promote new eating place. Yumss. Blog ni dah boleh rasa nak transform jadi blog JJCM rasanya. Uhuks. Today I nak share about this another one hipster cafe in Johor. *drum roll pls* 

It's Ecru Tuckshop, located just beside AEON Kulaijaya, about 20 mins from UTM (kot la). I've been there for three times. Dua kali time bulan puasa + sekali just few weeks ago sebab nak celebrate post-viva Aker.

Tempat wajib amik gambar kalau datang :)

First time pergi, with Syaza + Awang + Bella







Second time dengan Jiya + Awan, pon time buka puasa.



Third time with geng Diva Kepochi for Aker's post viva celebration




Some of the menu:

Three layer tea + Cincau Lychee + Cincau Marble Coffee + Lemon Tea

Chicken Parmigiana + Spaghetti Bolognese

Meatball

Kaya + Butter Toast


Black Pepper Chicken Chop

Selain dari menu kat atas ni, ada banyak lagi menu dia such as nasi kukus + ayam berempah + pajeri nenas, nasi lemak, beef nachos, variety of soups etc. Kalau nak datang for snacking pon boleh since dorang serve light menu macam fries + toast jugak.

For your info kedai ni bukak as early as 9.30 am for breakfast until around 10.30 pm from Tuesday to Sunday, closed on Monday. Harga memang sangat affordable, paling mahal menu dia RM 20 kalau tak silap. Rasa dia pon okay, kena dengan selera I.

Kedai dia comel je, so kalau korang plan for gathering or birthday party, better call first. Time pergi bulan puasa aritu + gathering I memang akan call for booking dulu, sampai haritu I call nak book tetibe orang tu tanya, "Ni Cik Evin ke?" Hahaha..nampak sangat pelanggan tetap. Eh!

For further info boleh la tengok FB dia: Ecru Tuckshop :)


Monday, 2 November 2015

Kilang Bateri JB

Holla people..

It's an update from me! Nak review about this one place yang tetibe viral semacam kat FB. So sebab nak ikut arus peredaran zaman, I pon try la jenguk Kilang Bateri ni. Ape benda sebenarnya Kilang Bateri ni? Okay, check this out. Kilang Bateri ni adalah satu tempat lepak baru untuk warga JB. located at Tampoi Industrial area. Kalau from Plaza Angsana tu, terus je. Your destination will be on your right. Eceh!

Kilang Bateri previously exist as kilang bateri Eveready yang telah di-transform kepada tempat makan, tempat jual baju, tempat jual buku, ada court futsal + ada mini stage untuk performance. Since dulu sini kilang bateri, ramai yang tanya selamat ke? Takde ke sisa-sisa lithium, plumbum segala. Jawapannya..saya pon tak tau! Hahaha. Tapi mestilah dorang dah buat inspection before buat, takkan main redah je. Ye tak?

Menu makanan yang ada : Western food (chicken chop,lamb chop), nasi ayam penyet, nasi lemak, waffle, asam pedas, beriyani, wantan mee, ice-cream, cereal, burger & sandwiches, sengkuang calit, donuts.

First time pergi dengan Syaza + Kak Nad + Awang.




Main entrance

Depan Hipster Book Shop. Sempat Kak Nad sambar 2-3 buku.




Me + Kak Nad
Eh Cupchai pon ada!


PotsKitchen @ Kilang Bateri

Second time pergi, sebab nak celebrate farewell party for Awang Azrul sempena keberangkatan beliau kembali menjalankan tugas di negeri di bawah bayu. Gicheww skema ayat.


Bye Awang!

Eh! Adam Mikail pon ada :)







I've been there for three times and setelah detail kajian dibuat waktu paling sesuai nak pegi ialah time petang sebab orang tak ramai sangat. First time pergi tu I gi around pukul 6pm, sampai tu round2 kejap then masuk Maghrib terus solat. Oh dont worry ada surau disediakan kat situ.

Time second and third time gerak time lepas Maghrib, sampai around pukul 8.30 memang la manusia tengah ramai. Since kat sini makan dia konsep food court so jenuh la beratur nak beli makanan tu. Plus kaunter minuman ada satu je, so berjela la beratur. Lagi satu kalau datang lewat ni banyak menu yang dah abis. So pilihan makanan sangat limited. Sangat tak recommend untuk pergi malam.

So conclusion nya, for me kalau untuk gather ramai-ramai & lepak tempat ni sangat sesuai. Tapi kalau you look for food, so-so je. Sebab makanan yang ada kat sini limited choice and biasa je. Nothing special. Sama macam makan kat food court biasa. Huhuhu.

Till then, bye!