Showing posts with label UTMBuddies. Show all posts
Showing posts with label UTMBuddies. Show all posts

Thursday, 17 December 2015

Damai Seafood Village


Okay mula-mula izinkan I gelak jap. Hahahahaha. Kenapa nak gelak? Sebab tadi tengok2 folder gambar tiba-tiba terjumpa gambar time kitorang buka puasa kat Damai Seafood Village bulan puasa haritu, baru sedar oh tak share lagi kat blog ni. So as usual baru terhegeh nak update kat blog. Takpe la kan kan. Okay, nak tunjuk sikit teaser kedai ni. 


Time ni a few days before masing2 nak balik raya, so untuk bulan puasa tu tak sempat lagi nak kumpul buka puasa ramai2 tu yang pagi tu plan, ptg tu terus pergi. Kira macam adhoc plan la. Pastu check kat FB kot tetibe jumpa promo buka puasa and 2 tahun lepas memang dah penah pergi pon, so yakin la dgn kesedapan nya. So apa lagi, terus call booking for 10 orang. Kebetulan pulak masa tu 3-4 hari before birthday Adam Mikail and belated birthday for Aker so plan sambut sekali harung la mama and anak. Hehehe. 

Kat mana sebenarnya kedai ni? Kedai ni located kat area Sg. Danga / Perling. Kira tengah2 camtu la. Kalo sapa nak pergi don't worry, ada kat WAZE, follow jek. Sampai kat sana around pukul 6 terus order menu, yela takut tak sempat sampai by buka puasa pulak kan. Lepas dah order and sementara tunggu yang lain2 sampai, kita posing2 ambik gambar dulu.

Awan - Evin - Syaza - Umi


Dah macam model magazine wei!
 Yeay..akhirnya sampai pon orang yang nak diraikan :)

Elham -  Umi - Dayah - Adam - Syaza -
Awan - Evin - Aker - Syafiq

Berapa minit before masuk waktu buka puasa, akhirnya sampai pon menu yang di-order. Sangat cepat & cekap ya. 

Penuh meja!

Dua budak lapar
Kitorang ambik pakej buka puasa RM 225 untuk 10 orang termasuk nasi goreng, buah-buahan, air tembikai 1 jag and menu2 kat bawah ni:


Udang Goreng Butter

Siakap 3 Rasa

Tomyam Campur

Sayur Campur

Sotong Masak Sambal

Ayam Masak Lemon
Dalam gambar nampak sikit kan, tapi depan mata memang banyak wei. Time mula-mula sampai tu masing2 macam, eh cukup ke ni? Pastu sudanhya tak abes makan pun. Ikan Siakap tu dia bagi satu je tapi besar gila, kitorang makan tak abes kot. Bukan sebab tak sedap ya, sebab dah kenyang. Sedap sangat and totally recommended.

Pas dah kenyang, kita celebrate birthday pulak.

Aker - Syafiq - little Adam Mikail

Umi - Elham -  little Adam Mikail

Lepas abes siap makan tu dah pukul 7.30, tapi tak payah kelam kabut sebab ada surau disediakan, so stop borak, kita solat dulu. Lepas solat sambung borak-borak + makan kek. Yela, bukan selalu dapat kumpul ramai2 camni.

Before balik, posing lagi. Hehehe. Perempuan! Yang lelaki tukang ambik gambar je la.


Overall, memang puas hati makan kat sini. Service cepat, rasa sedap, tempat cantik, portion banyak, harga affordable. Sangat recommended. Okay, kemain kan puji tau. Hehehe.


Monday, 2 November 2015

Kilang Bateri JB

Holla people..

It's an update from me! Nak review about this one place yang tetibe viral semacam kat FB. So sebab nak ikut arus peredaran zaman, I pon try la jenguk Kilang Bateri ni. Ape benda sebenarnya Kilang Bateri ni? Okay, check this out. Kilang Bateri ni adalah satu tempat lepak baru untuk warga JB. located at Tampoi Industrial area. Kalau from Plaza Angsana tu, terus je. Your destination will be on your right. Eceh!

Kilang Bateri previously exist as kilang bateri Eveready yang telah di-transform kepada tempat makan, tempat jual baju, tempat jual buku, ada court futsal + ada mini stage untuk performance. Since dulu sini kilang bateri, ramai yang tanya selamat ke? Takde ke sisa-sisa lithium, plumbum segala. Jawapannya..saya pon tak tau! Hahaha. Tapi mestilah dorang dah buat inspection before buat, takkan main redah je. Ye tak?

Menu makanan yang ada : Western food (chicken chop,lamb chop), nasi ayam penyet, nasi lemak, waffle, asam pedas, beriyani, wantan mee, ice-cream, cereal, burger & sandwiches, sengkuang calit, donuts.

First time pergi dengan Syaza + Kak Nad + Awang.




Main entrance

Depan Hipster Book Shop. Sempat Kak Nad sambar 2-3 buku.




Me + Kak Nad
Eh Cupchai pon ada!


PotsKitchen @ Kilang Bateri

Second time pergi, sebab nak celebrate farewell party for Awang Azrul sempena keberangkatan beliau kembali menjalankan tugas di negeri di bawah bayu. Gicheww skema ayat.


Bye Awang!

Eh! Adam Mikail pon ada :)







I've been there for three times and setelah detail kajian dibuat waktu paling sesuai nak pegi ialah time petang sebab orang tak ramai sangat. First time pergi tu I gi around pukul 6pm, sampai tu round2 kejap then masuk Maghrib terus solat. Oh dont worry ada surau disediakan kat situ.

Time second and third time gerak time lepas Maghrib, sampai around pukul 8.30 memang la manusia tengah ramai. Since kat sini makan dia konsep food court so jenuh la beratur nak beli makanan tu. Plus kaunter minuman ada satu je, so berjela la beratur. Lagi satu kalau datang lewat ni banyak menu yang dah abis. So pilihan makanan sangat limited. Sangat tak recommend untuk pergi malam.

So conclusion nya, for me kalau untuk gather ramai-ramai & lepak tempat ni sangat sesuai. Tapi kalau you look for food, so-so je. Sebab makanan yang ada kat sini limited choice and biasa je. Nothing special. Sama macam makan kat food court biasa. Huhuhu.

Till then, bye!



Wednesday, 7 October 2015

Cats Cafe JB


Let's talk about Cats Cafe JB: Cats at Their Sanctuary this time. Again, ni bukan cerita fresh ya. I pergi sini last month. Motif pergi sebab tiba-tiba kat FB and IG ramai kawan2 pakat pergi, so taknak ketinggalan, kena la pergi jugak. Oh by the way, walaupun my nickname is Half Cat, Half Robot, I ni jenis yang takut kucing sebenarnya. Tapi sebab nak ikut arus peredaran zaman and ditemani another three cat lover, so cekalkan la jugak hati ni. Hahahaha.

Cats Cafe ni opened from 1 pm - 9.30 pm, closed on Wednesday. Located at Jalan Abdul Samad, kalau datang dari Danga Bay tu, lepas traffic light KFC near Thistle Hotel tu ambil belah kiri? Paham tak? Erm..waze je la. I pon guna waze jek. Hahahaha.

Kitorang sampai around pukul 6pm, just nice kot, orang tak ramai sangat. Time kitorang nak balik dalam kol 7.45 camtu, orang dah start ramai. So, saya suggestkan pergi siang + weekdays ye kawan2. Kalau weekend lagi ramai la kot.


Before masuk ruang cafe tu, ada sink. Kena basuh tangan, lap then use sanitizers + shoes off then baru boleh masuk.  Pas being seated, waiters bagi benda ni. Ingat menu, tapi rupanya....


Siap ada CAT RULES!!!! Memang kemain tau kusheng ni. Dah paham rules, baru dorang bagi menu.

Muka serius tengok menu

Sementara tunggu order, AJ, Syaza + Kak Nad pergi bermain dengan kucing tapi cik Half Cat, Half Robot duk bersila je atas sofa. 2-3 kali jugak la terkeluar suara comel sebab perasan kucing nak datang kacau padahal dorang tak berminat pon. Cettt.. Bosan tunggu order dan pena disergah kucing, saya join jugak main kucing.




Yang grey ni, kucing betul tau. Bukan palsu.
 Ok..sambung posing kat dining table pulak.

#TeamJJCMProject



Half Cat, Half Robot yang pemalu

Yeay. Finally makanan sampai! For your info, makanan kat sini agak pricey, maybe because dorang nak tanggung cost maintenance kucing2 ni. Yela, bukan sebarangan kucing kat sini. Kucing mahal2 masing. So jangan terkejut la dengan harga dia but still affordable. Range food between RM 15-30 kalau tak silap.




So overall, it was a fine and enjoyable dinner sambil ditemani kucing yg berlegar. To all cat lovers, you should go. To not so cat lover macam I pon boleh pergi jugak, sebab kucing kat sini takde makna nak dtg menggesel kat kita. Kita yang kena kejar dia, Well, high class kan, ape dia kesah kat rakyat marhaein macam kita ni. Hahaha. Till then, bye!