Thursday, 17 December 2015

Damai Seafood Village


Okay mula-mula izinkan I gelak jap. Hahahahaha. Kenapa nak gelak? Sebab tadi tengok2 folder gambar tiba-tiba terjumpa gambar time kitorang buka puasa kat Damai Seafood Village bulan puasa haritu, baru sedar oh tak share lagi kat blog ni. So as usual baru terhegeh nak update kat blog. Takpe la kan kan. Okay, nak tunjuk sikit teaser kedai ni. 


Time ni a few days before masing2 nak balik raya, so untuk bulan puasa tu tak sempat lagi nak kumpul buka puasa ramai2 tu yang pagi tu plan, ptg tu terus pergi. Kira macam adhoc plan la. Pastu check kat FB kot tetibe jumpa promo buka puasa and 2 tahun lepas memang dah penah pergi pon, so yakin la dgn kesedapan nya. So apa lagi, terus call booking for 10 orang. Kebetulan pulak masa tu 3-4 hari before birthday Adam Mikail and belated birthday for Aker so plan sambut sekali harung la mama and anak. Hehehe. 

Kat mana sebenarnya kedai ni? Kedai ni located kat area Sg. Danga / Perling. Kira tengah2 camtu la. Kalo sapa nak pergi don't worry, ada kat WAZE, follow jek. Sampai kat sana around pukul 6 terus order menu, yela takut tak sempat sampai by buka puasa pulak kan. Lepas dah order and sementara tunggu yang lain2 sampai, kita posing2 ambik gambar dulu.

Awan - Evin - Syaza - Umi


Dah macam model magazine wei!
 Yeay..akhirnya sampai pon orang yang nak diraikan :)

Elham -  Umi - Dayah - Adam - Syaza -
Awan - Evin - Aker - Syafiq

Berapa minit before masuk waktu buka puasa, akhirnya sampai pon menu yang di-order. Sangat cepat & cekap ya. 

Penuh meja!

Dua budak lapar
Kitorang ambik pakej buka puasa RM 225 untuk 10 orang termasuk nasi goreng, buah-buahan, air tembikai 1 jag and menu2 kat bawah ni:


Udang Goreng Butter

Siakap 3 Rasa

Tomyam Campur

Sayur Campur

Sotong Masak Sambal

Ayam Masak Lemon
Dalam gambar nampak sikit kan, tapi depan mata memang banyak wei. Time mula-mula sampai tu masing2 macam, eh cukup ke ni? Pastu sudanhya tak abes makan pun. Ikan Siakap tu dia bagi satu je tapi besar gila, kitorang makan tak abes kot. Bukan sebab tak sedap ya, sebab dah kenyang. Sedap sangat and totally recommended.

Pas dah kenyang, kita celebrate birthday pulak.

Aker - Syafiq - little Adam Mikail

Umi - Elham -  little Adam Mikail

Lepas abes siap makan tu dah pukul 7.30, tapi tak payah kelam kabut sebab ada surau disediakan, so stop borak, kita solat dulu. Lepas solat sambung borak-borak + makan kek. Yela, bukan selalu dapat kumpul ramai2 camni.

Before balik, posing lagi. Hehehe. Perempuan! Yang lelaki tukang ambik gambar je la.


Overall, memang puas hati makan kat sini. Service cepat, rasa sedap, tempat cantik, portion banyak, harga affordable. Sangat recommended. Okay, kemain kan puji tau. Hehehe.


No comments:

Post a Comment