Saturday, 5 December 2015

Bangkok Adventures: Pre-Departure


Sebenarnya, I baru balik dari cuti kat Bangkok last week. Tu yang semangat nak update blog ni. Tak mau dah simpan cerita sampai dah basi berhabuk baru nak cerita kat orang. Okay, macam mana pulak boleh tiba-tiba pergi Bangkok pulak ni? Bukan lately asek mengadu takde duit and busy ke? 

Hah ni la nak cerita ni. Actually, plan asal takde kaitan dengan Bangkok pun. Dalam awal tahun ni, MAS ada buat promo tiket murah, so saja je la check tiket pergi Krabi, jumpa pulak tiket KL-Krabi return RM 250. Murah woi! Ape lagi sebat la kan. Pastu nak dijadikan cerita, boleh pulak MAS cancel route KL-Krabi dengan alasan route tu tak dapat sambutan, so diorang offer tiket KL-Bangkok-Krabi tapi memandangkan kitorang beli tarikh 28-30 November (3 hari) takut la pulak buang masa kat jalan je nak transit segala, so decide tukar plan. Plan asal dari KL-Krabi jadi KL-Bangkok je. Boleh la, I on jek. So, Fatin uruskan la hal-hal berkaitan flight ni, so officially vacation kitorang ditukar menjadi Bangkok.

Tapi after settle hal flight ni, masing-masing senyap je. I pon dah start wonder, jadi ke tak nak proceed ni? Kalo semua busy, takpe je nak cancel. Huhuhu. Plus time tu hangat pulak cerita Bangkok kena bom kan, lagi la hati double triple kuat rasa nak cancel.

Then suddenly dalam awal bulan 10 baru la Fatin contact, tanya betul-betul. Nak proceed ke cancel Bangkok ni? Cheah yang patut awalnya join sekali, dah tarik diri sebab parents risau nak lepas pergi Bangkok. So tinggal la kitorang berdua je. I pon 2-3 hari fikir finally decide proceed je la. Okay je kot. Lepas dah confirm jadi tu baru la terhegeh pergi renew passport + book hotel. Semua last minute kot. Dalam sebulan before pergi kalo tak silap baru settle semua.

Pejam celik, pejam celik sampai la ke 27 Nov. Plan nya nak gerak gi KL sehari sebelum fly tapi gatal tau tak beli tiket bas JB-KLIA awal-awal. Time hari tu cari tiket, sume tiket KLIA sold out. Terpaksalah beli tiket bas JB-TBS pukul 6 ptg, time tu dah pukul 3 kot. Kelam kabut balik kolej bersiap nak pergi, dengan tak packing lagi, tak mandi nya. Huru hara sangat. Nasib ada baby sister time tu, tolong packing apa yang patut sementara I mandi semua. Syaza pun kebetulan available, boleh lah mintak tolong hantar pergi stesen bas, siap bekalkan mihun goreng lagi. Thank you Jiya and Syaza.

Pastu, episod kecuakkan tak berakhir di situ je. Bas dari JB tu gerak dalam kol 6.30, kalo ikut estimated arrival time around kol 10.30 dah boleh sampai TBS, tapi Ya Allah slow gila driver bas bawak hari tu. Rasa nak ambik alih je tempat dia drive. Sabar Syazeven, sabar. Time tu memang nak cuak gila kot sebab last JetBus from TBS to KLIA pukul 11 malam, kalo dengan halaju macam tu memang confirm tak sempat sampai. Ternyata jangkaan seorang Syazeven tak pernah salah, bas tu sampai TBS tepat jam 11 suku, memang bye bye la JetBus, so nak tak nak terpaksalah ambil KLIA transit yang berharga RM 26.50. Time tu tak fikir ape dah, fikir nak sampai KLIA je. Tapi bila kira-kira balik, sama je la jadinya tiket JB-TBS-KLIA dengan JB-KLIA, ok ini statement sedapkan hati.

Lebih kurang 30 minit dalam train, sampailah kat KLIA2. Kenapa KLIA2? Bukan naik flight MAS kat KLIA ke? Yer memang naik kat KLIA tapi flight kitorang pukul 9 esok pagi, KLIA takde sangat tempat nak lepak so kitorang decide nak overnight kat KLIA2 je, surau besar, ruang tidur pun banyak. Sampai KLIA2 around pukul 12 lebih, terus solat jamak takhir dan tidur kejap. Around pukul 1.15 pagi, perut dah berkeroncong sebab tak makan satu hari, melainkan makan mihun goreng je petang tadi terus menapak pergi KFC. KFC pulak penuh orang woi! So marilah kita menuju ke Burger King, naseb baik tak ramai orang. Sambil makan tu sempatlah siapkan kerja yang bertangguh. Gigih tak gigih, pergi vacation bawak netbook?? Gigih tahu!

Tak lama lepas tu, Fatin pun memunculkan dirinya. Lepas siapkan kerja sikit, kitorang pun menuju ke surau kembali dan melelapkan diri untuk 1-2 jam. Terjaga around pukul 4 baru kitorang susun itinerary. Kawan-kawan jangan contohi sikap kitorang yang last minute ya. Ish ish ish. Lepas Solat Subuh, kitorang ambil KLIA transit berharga RM 2 and bergerak la kami ke KLIA, bersedia untuk mulakan adventures Bangkok. Okay, kita sambung cerita first day kat Bangkok in next entry okay. Entry ni untuk cerita pre-departure jek. Hahaha. Cerita pre-departure pon dah panjang berjela. Yela, macam-macam i nak luahkan tahu. See you in next entry, Bye! But before that nak belanja gambar teaser sikit. Hehehehe. Awesome tak awesome?




No comments:

Post a Comment