Monday, 14 December 2015

Bangkok Adventures: Khaosan Road + Silom


Okay, sambung entry previous. Kitorang sampai Suvarnabhumi Airport around pukul 10.15 am local time. Quick fact! Kalau naik AirAsia akan turun Don Mueng Airport, kalau MAS baru turun Suvarnabhumi. Don't get confused ek, these are two different airports.

Jalan dari gate nak ke immigration tu boleh tahan jugak la jauhnya macam KLIA2. Sampai kat immigration, perghh ramai gila orang sebab kebetulan ada 2-3 flight yang sampai lebih kurang masa dengan flight kitorang so bertabahlah. Settle hal kat immigration, terus pergi kaunter nak beli SIM card. Dekat main hall tu memang akan ada 2-3 counter jual SIM, pilih la mana-mana yg berkenan tapi lepas buat comparison, lebih kurang je pakej yg ditawarkan. So kitorang pilih dtac, recommended by TripAdvisor katanya. Harganya 299 baht, 1.5 GB for 7 days, okay la kitorang pun duduk 3 hari je. Beli satu SIM jek then buat tethering, tak payah membazir! Kenapa kena beli internet? Sebab kat Thailand ni sangat susah nak dapat free WiFi and susah kalau travel takde internet, cmne nak guna gps kan.

Lepas beli SIM card, terus pergi basement level naik train Airport Rail Link ke Phaya Thai train station. Hotel kitorang located at Khaosan Road, nak pegi Khaosan dari airport ni ada 3 cara sebenarnya: paling senang naik taxi la kalo kaya. LOL. Second, naik bas tapi cara ni susah sikit sebab semua bas tulisan Thai, risau gila sesat. So kitorang pilih option no 3, naik train ke Phaya Thai then ambil taxi pergi hotel. Jimat la sikit kan. Fare train 45 baht sorang, fare taxi 100 bath per taxi.

Kitorang menginap kat hotel Sawasdee Banglumpoo Inn, betul-betul dekat dengan kawasan Khaosan Road yang happening tu.




Jangan tak tau, hotel ni category 2.5 stars jugak tau tapi rezeki kitorang dapat book hotel ni kat Agoda, dapat harga plus tax dalam RM 75 je per night with breakfast. Normal rate dalam RM 180 kot, yang ni ada 63% off. Kira okay la sebab bila search hostel backpacker pon dalam RM 30/per head toilet kat luar, tidur dorm, tambah sikit dapat hotel 2.5 stars. Memang puas hati!

Lepas dah check-in, mandi, solat jamak and rehat kejap, around pukul 4pm kitorang keluar balik. Plan nak pergi Silom, tapi I pon tak pasti apa yang special kat Silom ni. So dari Khaosan Road, ambil taxi dengan fare 170 baht, kitorang macam nak bebel jugak la sebab mahal tapi rupanya serius memang jauh Silom dari hotel so kira reasonable la harga tu. Hahaha tapi kan malas nak cerita pasal Silom ni sebab semua misi tak tercapai, semua tempat yang kitorang cari tak jumpa. Geram gila! Plan asal nak cari Hard Rock Cafe la, masjid la tapi ada 2 benda je kitorang jumpa: Silom Night Market dengan Silom Mall. 





Lepas cuci-cuci mata kejap and lepak sikit kat Silom back to Khaosan Road for dinner. Plan asal nak dinner kat warung Halal depan masjid tu tp dah x jumpa, pulang la ke gagang. Sampai balik kat Khaosan, terus cari restoran halal. Dah google awal-awal, memang ada dua restoran Halal area sini, satu Indian Restaurant, another one local muslim Thai. Kitorang tak kesah yang mana-mana, yang mana jumpa dulu kitorang redah je. So lepas berpusing-pusing kat Khaosan Road tu akhirnya jumpa la kedai halal, nama kedainya Aisyaa and orang yg jual tu pakai tudung, so terus la yakin ni tempatnya. Kitorang order:

Yellow Rice + Beef (ala-ala beriyani la)

Beef Ball!

-yellow rice + beef: 65 baht
-yellow rice + chicken: 45 baht
-beef ball: 10 bath per cucuk

Lepas dah kenyang, kitorang sambung aktiviti first day ni dengan going around Khaosan Night Market. Actually, Khaosan ni memang kawasan tumpuan tourist kira orang panggil syurga backpackers la sebab night life dia memang hidup. Kalau jalan kat sini, memang akan jumpa orang putih lagi banyak dari local people. Di sepanjang jalan pulak memang akan jumpa food stalls, bar, kedai urut bersepah la. Ya Allah, serius tergoda dengan street foods dia, roasted chicken la, phad thai la tapi tak boleh makan ya. Jangan mengada!



 Pastu terjumpa tempat ni! Peminat Running Man mesti cam tempat ni. Hehehehe.



Then dah penat kaki pusing satu Khaosan, balik ke hotel untuk tidur. Simpan tenaga untuk aktiviti esok ke Damnoen Saduak Floating Market pulak. So, see you in next entry okay. Bye!




No comments:

Post a Comment