Friday, 15 May 2015

Ke Langkawi Lerr Kita

Assalammualaikum wbt. and hello semua!

Ya Allah setelah berabad berzaman meraban akhirnya barulah ada masa nak update cerita Langkawi. Ni bukan setakat dah basi dah, dah ber-fungi, berhabuk segala tahu. Nampak tak betapa kakak sangat bizi di sini? LOL.

Its all started with plan backpacking jek. Means just bawak satu backpack tak payah add on luggage. Asal-asal nak pergi naik AirAsia jek tiba-tiba MAS buat promo, ape lagi terus la rembat. Tickets just RM 120. Murah kot! 

Trip ni just three of us : me with my two secondary school buddies - Fatin Fazreen & Izzani. Kitorang pergi for three days from 8-10 March 2015. Ya Allah, lama gila kot tak jumpa dorang ni. Last hangout with these two masa lepas SPM kot. Pas I dah bermastautin kat Johor, barely jumpa dorang just contact through social network jek. Eceh..ala ala reunion trip la kan. OK jom mula cerita Langkawi kami!

Yeay. Ni la geng Langkawi adventures saya!

Belum sampai Langkawi, dah pose macam2.

Lagi aktiviti posing. Dalam flight plak. Hahaha

Yeaay..safely arrived!

To simplify things, here goes my 10 Quick Facts about our adventures.

1. Cenang Memories Motel
Dari awal memang dah plan nak duduk dekat dengan Pantai Cenang sebab senang dekat nak makan semua. Plus area Cenang memang 'hidup' time malam, boleh la nak pergi makan or cuci mata ke apa kan time malam. That's why la kitorang choose motel ni. Since there was three of us so kitorang ambil Standard 2 Beds. Harga RM 160 per night. Recommended sebab sangat selesa and only about 2 km je dari Pantai Cenang. The only pic motel yang sempat snap.Hahaha..



2. Langkawi Cable Car
Kitorang sampai kat Langkawi Airport around pukul 10.30. Sampai tu terus ambil kereta sewa and start berjalan before boleh check in hotel. Destination first is Skypark Cable Car, semangat nak naik cable car masing-masing. Ticket masuk  is RM 20 including SkyCab riding + SkyDome. SkyDome ni just masuk one theatre ni then dia play some adventurous ride clip. Ala-ala wayang 3D la but just for 3 minutes. Lepas SkyDome baru start ride cable car. Woahh scenery from cable car memang amazing gila la!





Ada total 3 stations, first one is Base Station : tempat kita beli ticket and boarding cable car. Second is Middle Base : first pit stop and third base is Top Base : paling atas sekali and kat sini ada Cafe and agak sejuk condition dia.

Awesome view dari puncak. Woahhh..

Having Strawberry Frost at Cafe Sky
Lepas dah turun, jalan-jalan dekat Oriental Village pulak. Oh sini ade 3D museum Art tapi tak masuk pon. Ticket fee RM 32. Hurm..xpela..

Posing luar saja..


Konon beratur beli ticket. Berlakon!



3.Island Hopping + Mangrove 
To those yang come to Langkawi, tak sah la kalau tak try island hopping dia. Sepanjang pantai Cenang ade banyak je tour guide yg menawarkan pakej island hopping. Kena rajin survey sebab range harga dari RM 75-100 ++, tapi benda yg sama je. Rezeki kitorang dpt harga RM 75/pax untuk island hopping + mangrove.

Island hopping divided to 3 parts : Pantai Beras Basah, Tasik Dayang Bunting + Pulau Singa Besar (Eagle Feeding). Naik boat dekat Pantai Cenang sahaja,





Mangrove Tour divided to : Gua Kelawar, Kilim Geoforest, Sangkar Ikan, Floating Restaurant. Naik boat dekat Jeti Tg. Rhu, but dont worry. Transport dari Cenang ke sini di settle-kan oleh tour guide.

Muka macam tak pernah naik boat.



Gua Buaya. Sebab shape macam Buaya..nampak tak?




For us, kitorang sangat berpuas hati dengan pakej ni. Tak rugi pergi. Ala-ala trip back to nature la. Gitcheww..

4. Makam Mahsuri
Sebenarnya I la yang paling terhegeh nak pergi sini. Pesen batak nak merasa pergi semua camtu, so dorang layankan je la. Tiket masuk RM 10 okey. Takpe la, bukan selalu boleh datang kan. Masuk kat dalam tu ada Makam Mahsuri, rumah Mahsuri etc. Tapi rumah tu bukan the real rumah, just rebuild similar to the old house.

Aksi-aksi dekat Rumah Mahsuri. Mohon bertabahlah ya..



Tunggu orang datang pinang.

Pose merindui kekasih hati. Erkkkk

I pon takpaham ape yg I cuba lakukan.

5. Shopping Chocolates @ Haji Ismail Group
This is a must! In fact kan, weeks before pergi I dah list kan coklat yang nak diborong. Some of chocolates yg di-plan nak beli : Toblerone, Nutella, Hersheys Kissess, Pepero, Ritter Sport, KitKat. Pepero taklaa banyak beza sangat dengan yang jual kat Jusco, dalam beza RM 4 camtu je. Tapi coklat Toblerone and Ritter Sports sangat berbaloi beli.
Toblerone 100g = RM 3.50
Ritter Sport 100g = RM 5.50
Toblerone besar = RM 17.50
Tell you what, 2x kitorang berulang pergi sini semata sebab coklat punya hal. Padahal kitorang stay kat Cenang, tegar berulang ke Kuah sebab coklat. And no pictures sempat diambil sebab terlalu gila pilih coklat. Told ya, I'm chocolate lover. And, i sempat rembat satu luggage size 24, harga RM 99. Hehehe..


Satu luggage full!
6. Dataran Lang
Sebagai bukti dah jejak kaki ke Pulau Legenda, tak aci la kalau tak bergambar dengan Cik Lang. Rugi! Kitorang again shoot ke Kuah semata Cik Lang, padahal flight balik KL petang tu jek. Senang je nak cari, tak sesat.





7. Makan Laksa/Pasemboq Jalan Airport Langkawi
Ni pon rugi kalo tak try. Laksa dia sedap giler habaq hang. Frankly speaking, I'm not a fan of laksa penang tapi Laksa Power Jalan Airport Langkawi ni is wajib try! Tengah panas makan sambil ditemani hembus angin pantai dan cendol yg nyaman, phewww ohsem woi!


8. Beras Terbakar
Kalau part nak shopping sourvenier : tak kisah la kain batik ke, kain pelikat ke, tshirt ke, I recommend Beras Terbakar. Memang kat sini paling murah and banyak pilihan. Dah compare dengan kat Pantai Cenang, memg jauh beza. Tapi I tak shopping banyak pon sebab duit dah banyak abes kat coklat. Hahaha. I just beli kain pelikat for Abah, tshirt for besties and Jiya.

9. Pantai Cenang
To complete our adventures, strolling petang-petang kat Cenang Beach is a must! Doing nothing, just jalan cuci mata. Tapi banyak aktiviti boleh buat kat sini. Banana boat, ATV ride, paragliding etc. Tapi tak cukup masa, maybe next time. And at night, jalan kat Pantai Cenang sangat 'hidup'! So enjoy a night life kat situ pon thing wajib do jugak!


Gegadis Pantai Cenang
10. Restoran Hj Ramli & Restoran Wan Thai & Restoran Jom Ikan Bakar
Tak complete la datang langkawi kalau tak food hunting sekali especially try seafood dorg sekali. These two places memang I recommend la. Restoran Hj Ramli tu kat area Pantai Cenang je. Serve seafood, harga quite pricey so jangan order banyak la. Restoran Wan Thai tu pulak kat Kuah, serve thai cuisine. Pulut mangga and an-ayam-dish-yang-i-lupa-nama sangat recommended! Hahaha..nak recommend tp lupa nama.
Sedap dan pedas. Maaf, lupa nama dia.LOL
Pastu for lunch pulak, I nak suggest satu kedai ni. Kedai Jom Ikan Bakar kat Padang Matsirat, tak jauh dari airport. Out f 3 days kat sini, 2 x kitorang lunch kat sini, Nampak tak? Harga pon reasonable and banyak sangat pilihan makanan. Rambang mata. Tapi kalo datang after 2 semua dah kering. Better serbu time kol 11-12 tgahari camtu. Plus kan, dia serve 3 jenis air and Free Of Charge! Boleh refill unlimited.

Trip to Langkawi definitely trip yang double triple awesome. Actually, ni first time going for adventures with Fatin & Izzani tapi we get along well. Masing2 paham dengan perangai masing2. Ada yg gila ambik gambar, ada yang asik haus and lapar, ade yg asik sibuk mekap tapi semua jenis melayan. Hahaha..Time malam pulak heart to heart session. A very fun trip. Jom repeat adventures jom before salah sorang tukar status jadi bini orang. Arghh..rindu chugaiss!




No comments:

Post a Comment