Wednesday, 11 February 2015

Osaka Adventures : Osaka Castle + Tempozan Harbor Village

Konichiwa..

Setelah lama mengabaikan entry Osaka sebab terlalu busy writing thesis meneruskan #ProjekJJCM and #EvinAdventures moh le kita sambung cerita Osaka. Shall we? 

Okay, kalau nak tahu time pergi Osaka Castle ni betul-betul first time I travel alone sebab masa ni 2 hari lepas Kak Norly balik Malaysia.
Macam-macam perasaan : excited ada, nervous ada.
Malam sebelum nak pergi tu google Maps siap-siap tempat yang nak pergi. Naik train mana, kat station mana nak berhenti, kat station mana nak tukar train etc.
Almaklumlah, I bergerak ni tanpa ada internet connecton, so preparation yang complete amatlah diperlukan. Cakap Jepun tak reti -_-

And keesokkan harinya, bermulah perjalanan secara solo. Before naik train pastikan kad ICOCA telah ditopup. Ye la kalau sesat ke apa, taklah kelam kabut balance card tak cukup la apa. Tapi tak perlu risau sangat sebenarnya sebab kat mana-mana station pun boleh topup. Tapi ready awal kan bagus whatt.

Dari Minoh Station straight pergi Umeda using Hankyu Line. Dari Umeda Station kena jalan sikit untuk ke JR Line sebab nak pergi Osaka Castle kena through JR Line. Harga ticket JR line ni mahal sikit compared to Hankyu Line. Kat sini kena make sure anda pilih Line yang betul ya. Kalau tak tersasar ke hati lelaki Jepun handsome ke mana-mana tah. After lebih kurang 40 mins dalam train, akhirnya sampai ke Osakajokoen Station.

Osakajokoen Platform
Nak sampai kat station ni tak susah, tapi dari station nak jalan ke Osaka Castle ni agak pening sikit jalan ni tapi dont worry ada signboard, so follow je. On the way tu akan lalu depan baseball field then finally nampak bayang Osaka Castle melambai-lambai dari jauh. Hilang semua penat kejap.
Osaka Castle melambai riang
Takde orang nak ambilkan gambar, so tebalkan muka mintak tolong one Japanese lady ambilkan gambar. Ngaseh!

Bukti dah sampai!
 Alang-alang datang dari jauh, rugilah pulak kalau just ambil gambar dari luar je kan. So jom masuk dalam! Tiket masuk Osaka Castle is 600 yen, tak perlu Q panjang. Beli kat vending machine je. Jepun kan. Vending machine everywhere.




Dekat Level 2, ada kimono section. Bayar 300 yen boleh pakai kimono. Sebab saya batak and again datang dari jauh so bayar je la nak posing as kimono girls. Erkkk.. Kali ni makcik jaga kimono jadi mangsa photographer saya. Hahahaha..

The kimonos 
Dah puas bergaya dengan kimono, jom naik sampai atas. Basically dalam castle ni penuh dengan hiasan pedang + gambar sejarah. Ala u know the normal museum. Camtula dengan castle ni.

Level paling atas dalam Osaka Castle.
Rasa cam taknak turun.
Nak pause masa.
Nak stay sini forever.
Taknak balik Malaysia :(


Dah penat pusing Osaka Castle, dengan cuaca panas 34 degree jom patah balik ke Osakajokoen Station. Sampai station je terus teguk 1 botol Pocari Sweat. Pheww lega..

Then lets off to Tempozan Harbor Village. Baca kat blog kat sini ada Osaka Aquarium (Kaiyukan), Tempozan Ferris Wheel and bazaar nak beli sourvenier. So nak try la tengok kan.

Dari Osakajokoen, naik train sampai ke Osakako Station. Jalan dalam 15 mins jumpa dah. Tapi before tu sesat 2 mins jugak. Pesen tak paham arahan, suh belok kiri, belok kanan.

Dari jauh nampak dah ferris wheel dia. Weeee...


Sebab perut dah start berkeroncong, I terus la check in kat one Turkish restaurant: Bab-ul Hayat for lunch. Kat sini makan ala buffet. Bayar 1380 yen boleh makan sebanyak mana pun. Plus time ni dah start rindu nak makan ayam-ayaman, sobss. And dijamin Halal :)

Turkish feeling is important
Kosong. Tak ramai orang. Yeay!
Food area
Chocolate fountain pon ada!
Meh i translate kan : 1380 yen per head :P
Peneman makan saya : great view
Perut dah kenyang, baru best nak pusing Tempozan ni. Tempat cantik yg menenangkan perut yang penuh. LOL.


Osaka Aquarium (Kaiyukan)
Kat sini pun ada jual sourvenier macam keychain semua tu tapi rasanya kat Kyoto lagi murah and banyak choice kot.


And gatal nak try naik Ferris Wheel dia, nak tengok satu Osaka konon nya *wink*

Admission fee is 800 yen. Tapi sekali pusing je.
Bertabahlah, bila lagi nak try kan. Taktau akan dtg sini lagi ke tak in future *sedapkan hati*

Belanja selfie dalam Ferris Wheel. Naik sorang je. 
Awesome view
Dah puas jalan.
Pulang marilah pulang.
Bye Incik Ferris wheel.
See ya!



No comments:

Post a Comment