Tuesday, 17 February 2015

How to make Awesome Nutella Cheesetart?


Morning people..
Tajuk entry nak ala-ala letopp kan. Tapi isi entry, jgn high expect. jgn high expect. LOL.

Projek nutella cheesetart ni actually all started with geng Diva Kepochi (read: Umi, Syaza, Mira, Aker).
Lepas dorang terliuq tgok IG update i buat cheesetart dgn Kak Uji last two weeks, merayu2 dorang ajak buat *flip shawl*
So sebab xnak mengecewakan hati semua, i turutkan la permintaan untuk buat mini baking class,
Pheww..baking class la sangat kan..

WARNING: Cikgu Evin sgt garang ek bila dah baking mode ON

Dipendekkan cerita sebab kalau nak cerita dari start, taktau la Subuh kot baru habis. 
Kenapa?
Sebab proses membeli bahan adalahhh sgt panjang, dan macam2 tragedi muncul hari tu. 
So lets skip that tiring part and move straight to recipe part. Shall we?

Before that, meh nak bagi teaser sket camne lah ghupenye si nutella cheesetart yg digilai ramai ni. 
Nah tengok!


Nutella Cheesetart Recipe (70-80 pcs small size)

Untuk shell dia, uolss gonna need:

500 g tepung gandum
125 g gula icing
250 g butter
2 biji telur
1 sudu esen vanilla

Cara-caranya (guna senduk pon ok, tapi iolls malas so guna mixer):
1. Mix gula icing + butter
2. Add telur + esen vanilla
3. Add tepung. Uli dengan tangan.
4. Bentukkan ikut shape acuan aluminum.

Shape-kan ikut acuan aluminium 
Cucuk dgn garpu. Dunno why.
Just because my sifu asked me to. 
5. Bakar dalam oven at 170 dgree C for 15 mins.
Shell yg dah siap dibakar

And, untuk filling dia, uolss gonna need:
250 g cream cheese
50 g gula kastor/gula halus
1 biji telur
1/2 sudu esen vanilla
Nutella

Cara-caranya (guna mixer) :
1. Mix cream cheese + gula
2. Add telur + esen vanilla..ok letap tepi sat.
3. Spike nutella ikut suka dlm shell yg dh dibakar tadi.


4. Spike cheese yg dah di-mix, again ikut suka hati.


5. Bakar at 170 dgree C for 10 mins, kalo lepas 10 mins cucuk2 masih lembik tmbah 2-5 mins lagi. Jgn malas, sume nak cepat je ek.

Tadaa...siap dah semua step!

Pheww..nampak simple kan tapi nak buat tu penat tu. Skang baru paham nape cheesetart mahal.
And ada few tips for ensure semua going smoothly

Evin Baking Tips:
1. You need more people yg boleh diharap. More people, the merrier, the faster..
2. You need more acuan aluminum. We only have 48, so kena tunggu siap bakar batch ni baru boleh start make next batch. Duhh,.
3. You need big oven. Well, the bigger, the better.
4. You need more trays.
5. And.. you're so gonna need positive people around you. Those with negative vibe, go away! LOL.

So projek cheesetart kitorang ni start pukul 5 ptg and habis pukul 1 pagi. 
Sampai kena sleepover rumah Puan Umi. 
Sampai Mr Elham kena retreat ke KDOJ.
Ohmai sangat kan.
Sebab apa lama sangat? 
Sebab tips no 2 tu tak di-apply + buat 2 adunan. Tamak enough?

And for the Tips No 5, I have  mine. Melampau positive nya, sampai tengah malam pon boleh gelak tgok MLM lagi. 
Cuma Aker la trpaksa berundur diri sebab Baby Adam dah start meragam and Mira yg 'terkorban' di tgah jalan. HAHAHAHA. Me + Syaza + Umi yg setia berjuang sampai abis. Pheww.

Ok, penat dah tangan menaip.
Sejak menjak buat cheesetart ni, badan jadi sakit2. 
Buat keja sikit, dah penat. Hahahahahaha alasan!
Till then, tata..

Btw, ada org request buat baking class. 
Hurm.. tengoklaa kalau rajin. 
I ni cikgu garang kot. 
Sampai budak2 ni panggil i GURUKUL..Ohmai! Choyy!

Wednesday, 11 February 2015

Osaka Adventures : Osaka Castle + Tempozan Harbor Village

Konichiwa..

Setelah lama mengabaikan entry Osaka sebab terlalu busy writing thesis meneruskan #ProjekJJCM and #EvinAdventures moh le kita sambung cerita Osaka. Shall we? 

Okay, kalau nak tahu time pergi Osaka Castle ni betul-betul first time I travel alone sebab masa ni 2 hari lepas Kak Norly balik Malaysia.
Macam-macam perasaan : excited ada, nervous ada.
Malam sebelum nak pergi tu google Maps siap-siap tempat yang nak pergi. Naik train mana, kat station mana nak berhenti, kat station mana nak tukar train etc.
Almaklumlah, I bergerak ni tanpa ada internet connecton, so preparation yang complete amatlah diperlukan. Cakap Jepun tak reti -_-

And keesokkan harinya, bermulah perjalanan secara solo. Before naik train pastikan kad ICOCA telah ditopup. Ye la kalau sesat ke apa, taklah kelam kabut balance card tak cukup la apa. Tapi tak perlu risau sangat sebenarnya sebab kat mana-mana station pun boleh topup. Tapi ready awal kan bagus whatt.

Dari Minoh Station straight pergi Umeda using Hankyu Line. Dari Umeda Station kena jalan sikit untuk ke JR Line sebab nak pergi Osaka Castle kena through JR Line. Harga ticket JR line ni mahal sikit compared to Hankyu Line. Kat sini kena make sure anda pilih Line yang betul ya. Kalau tak tersasar ke hati lelaki Jepun handsome ke mana-mana tah. After lebih kurang 40 mins dalam train, akhirnya sampai ke Osakajokoen Station.

Osakajokoen Platform
Nak sampai kat station ni tak susah, tapi dari station nak jalan ke Osaka Castle ni agak pening sikit jalan ni tapi dont worry ada signboard, so follow je. On the way tu akan lalu depan baseball field then finally nampak bayang Osaka Castle melambai-lambai dari jauh. Hilang semua penat kejap.
Osaka Castle melambai riang
Takde orang nak ambilkan gambar, so tebalkan muka mintak tolong one Japanese lady ambilkan gambar. Ngaseh!

Bukti dah sampai!
 Alang-alang datang dari jauh, rugilah pulak kalau just ambil gambar dari luar je kan. So jom masuk dalam! Tiket masuk Osaka Castle is 600 yen, tak perlu Q panjang. Beli kat vending machine je. Jepun kan. Vending machine everywhere.




Dekat Level 2, ada kimono section. Bayar 300 yen boleh pakai kimono. Sebab saya batak and again datang dari jauh so bayar je la nak posing as kimono girls. Erkkk.. Kali ni makcik jaga kimono jadi mangsa photographer saya. Hahahaha..

The kimonos 
Dah puas bergaya dengan kimono, jom naik sampai atas. Basically dalam castle ni penuh dengan hiasan pedang + gambar sejarah. Ala u know the normal museum. Camtula dengan castle ni.

Level paling atas dalam Osaka Castle.
Rasa cam taknak turun.
Nak pause masa.
Nak stay sini forever.
Taknak balik Malaysia :(


Dah penat pusing Osaka Castle, dengan cuaca panas 34 degree jom patah balik ke Osakajokoen Station. Sampai station je terus teguk 1 botol Pocari Sweat. Pheww lega..

Then lets off to Tempozan Harbor Village. Baca kat blog kat sini ada Osaka Aquarium (Kaiyukan), Tempozan Ferris Wheel and bazaar nak beli sourvenier. So nak try la tengok kan.

Dari Osakajokoen, naik train sampai ke Osakako Station. Jalan dalam 15 mins jumpa dah. Tapi before tu sesat 2 mins jugak. Pesen tak paham arahan, suh belok kiri, belok kanan.

Dari jauh nampak dah ferris wheel dia. Weeee...


Sebab perut dah start berkeroncong, I terus la check in kat one Turkish restaurant: Bab-ul Hayat for lunch. Kat sini makan ala buffet. Bayar 1380 yen boleh makan sebanyak mana pun. Plus time ni dah start rindu nak makan ayam-ayaman, sobss. And dijamin Halal :)

Turkish feeling is important
Kosong. Tak ramai orang. Yeay!
Food area
Chocolate fountain pon ada!
Meh i translate kan : 1380 yen per head :P
Peneman makan saya : great view
Perut dah kenyang, baru best nak pusing Tempozan ni. Tempat cantik yg menenangkan perut yang penuh. LOL.


Osaka Aquarium (Kaiyukan)
Kat sini pun ada jual sourvenier macam keychain semua tu tapi rasanya kat Kyoto lagi murah and banyak choice kot.


And gatal nak try naik Ferris Wheel dia, nak tengok satu Osaka konon nya *wink*

Admission fee is 800 yen. Tapi sekali pusing je.
Bertabahlah, bila lagi nak try kan. Taktau akan dtg sini lagi ke tak in future *sedapkan hati*

Belanja selfie dalam Ferris Wheel. Naik sorang je. 
Awesome view
Dah puas jalan.
Pulang marilah pulang.
Bye Incik Ferris wheel.
See ya!