Thursday, 29 January 2015

2015 dan seorang Syazeven


Assalammualaikum 2015.. 

Harini tetibe rasa terpanggil macam nak buat one proper entry to welcome 2015. 
Macam-macam yang di-plan untuk tahun ni. Biasalah awal tahun, mestilah akan ada so-called resolution. 
Tapi taktahu la azam ni boleh bertahan berapa lama. Akan accomplished ke semuanya? Insya allah. Hopefully!

Mission utama untuk tahun 2015 opkoz la nak menamatkan zaman bujang eh bukan bukan, itu belum dalam list lagi. Mungkin 3-4 tahun lagi. 
Bila emosi dah stabil
Bila duit dalam bank account dah berkepuk :)

Tahun 2015 nak menamatkan status sebagai pelajar. Ni memang no 1 la dalam list. 
Cukuplah bergelar seorang student #Since1995 time masuk Kelas Abu Bakar Tadika Pasti An-Naim Batu 4, Klang, Selangor, Malaysia 20 tahun yang lalu.
20 tahun pegang status murid, pelajar, research student and I think I have enough! *muntah*

Time for nak ada career sendiri pulak. 
Time nak pegang duit sendiri pulak *garu tapak tangan*
Time for berbakti untuk family pulak.

So to achieve this resolution, working hard like you never was is a MUST! 
No more play-play,
No more fb + twitter + IG (limit kan please)
No more Kdrama + Kshow (erk ni tak boleh janji, nanti rindu oppa kesayangan)
No more vacation (tak boleh janji gak yang ni :p)

But, by hook or by crook, semua kerja yang tergendala dari 2014 perlu diteruskan. Jangan putus asa! Jangan sibuk compare diri sendiri dengan orang lain. And end up stress berhari-hari. No matter how slow your progress (Cik Tizz pon kalah punya slow) at least you're moving. Remember that! Doakan saya ek semua yang tengah baca ni :)

Mission kedua : walaupun busy macam mana pun, #EvinAdventures rasanya masih akan perlu diteruskan. 
Hahahaha..macam contradict je dengan misi pertama. Tapi takpe, kita professional kan. Kena pandai balance kan life. Eceh!
Target 2015: every month at least 1 destination. boleh?
Untuk January dah accomplish Singapore mission.
Untk February dan bulan-bulan seterusnya?? tunguuu je la update dari saya ek..Hahaha..

Yelaa..masa muda dan bertenaga ni la nak berjalan tengok dunia. Nanti dah keja lagi susah nak mintak cuti la apela.. Eceh, sedapkan hati. At least habiskan jalan Malaysia before masuk alam kerja. Tinggi angan-angan tak hingat!

As conclusion, for tahun 2015, seriously dua ni la misi utama saya. Pasni kalo I kate I busy meaning sama ada sibuk dengan thesis atau sibuk bercuti. 
Don't disturb! I'm trying to focus here. Miahahaha..

So kawan-kawan, tolong doakan semua urusan dan planning I dipermudahkan semuanya. 
Doakan I jadi lebih positif, lebih rajin. 
Saya akan doakan awak semua jugak :)

Half Cat, Half Robot di tahun 2014 :)

Till then, annyeong :)


Tuesday, 27 January 2015

Singapore Lagi?


Assalammualaikum and apa khabar semua!!

Entry first di tahun 2015. Well, hello 2015, bye 2014. Excited nak update pasal trip Singapore last weekend. Dah insaf, simpan cerita + gambar lama-lama macam Osaka tu. Oh. cerita Osaka belum abes ye kawan2, nanti rajin nak update lagi tapi taktau lagi bile. Puhahaha..

Actually trip Singapore ni adhoc plan. Asalnya nak gi USS on 21 Jan 2015 with Mira, Syaza and Wanie tapi last minute cancel atas sebab-sebab yg trpaksa dirahsiakan. Gicheww. Kebetulan Fatin memang tgah ada kat Singapore sebab training kerja, dah 2 bulan jugak la dia duk sana so apa lagi ambik la kesempatan nak merayau Singapore. Nama je dah almost 7 tahun duk JB tapi baru 4x gi Singapore. First time pergi masa tahun 2012, tu pon pergi dgn trip En Zul so this time nak try la survive ala-ala backpack. Kuang3. Untuk trip kali ni kitorang pergi berlima : me + Atiqah + Surie (geng Jogja reunited) + Wanie + Fatin.

Our journey Sabtu lepas started immediately lepas Subuh. Naik kereta Alza Atiqah sampai kat JB Sentral. Parking kat sini RM 12 per day. OK la kan, berpatutan. Tapi kitorang sampai dalam around pukul 7 tu parking dah banyak penuh, ye la kan ramai kot orang Malaysia yang nak masuk Singapore park kereta kat JB Sentral ni sebab sangat convenient. Dari JB Sentral ni cross ke Bangunan Sultan Iskandar and after dah pass Imigresen Malaysia, terus ambil bas CW1 ke Kranji. Dont worry, murah je tiket RM 1.50 saja. Mampu kan? Hahahaha.Tak sampai 5mins sampai dah kat Woodlands, pass imigresen Singapore naik bas balik sampai ke Kranji. Tak lama tunggu, Fatin pon sampai dan bermulalah perjalanan panjang kami.

Dari Kranji ni, beli tiket $2.50 naik MRT sampai Raffles' Place. Kat Raffles Station ni baru ada jual tourist daily pass $20. Tourist daily pass ni boleh guna utk MRT unlimited ride. So untunglaa. Plus, time nak keluar Singapore nanti boleh refund $10. 


Eh..ini ke tourist pass tu??Hahaha
Destinasi pertama kitorang sampai je kat Raffles Place ni is Cavenagh Bridge. Bajet ala-ala London Bridge la kan. Hahaha..

Surie dan Cavenagh Bridge
Cavenagh Bridge's Next Top Model
Surie - Atiqah - Fatin - Evin - Wanie

Lepas Cavenagh Bridge, jalan dalam 10 mins pergi ke Merlion pulak. Tempat wajib pergi + posing kalau datang Singapore. Cuaca dah start panas so bertahan je la. Tapi bila sampai tu, tengok2 Incik Lion tengah under construction. Arghhh..i is stresss..

Sorry, under construction :(
Walaupun stress, projek posing mesti diteruskan!



Mini Lion pon OK la..
Yang 2 budak tu tgah sibuk makan eskrem
Then, kitorang patah balik ke Raffles Place station and ready to go to Marina Bay pulak again by MRT. Kena turun kat Marina South Pier. Sampai je nampak dinding cam cantik sket, berenti ambik gambar lagi. So kami!




Then baru sampai Garden by the Bay yang sebenar.. Dulu time pergi Marina Bay masa tahun 2013 tak ada lagi tempat ni. Tak tau sejak bila wujud.

Garden by the Bay view


Belakang tu la Marina Bay!

For your information, garden ni sangat besar. Nak jalan pusing sampai habis tu memang takla.. So lepas dah posing lebih kurang, kita pergi masuk Marina Bay pulak. Cuasa dah la mendung nak hujan. Lari!!! 

Macam kat Macau tak? LOL

Kat sini banyak brand outlet, sapa yg beruang eh berwang boleh la shopping kat sini. *tangan ke bahu mata ke atas* Dah penat jalan, rehat jap sambil pandang view Singapore. Awesome!

Big Sink
Muka kepenatan + kepanasan


Masa kat Marina Bay ni around pukul 12.30. Baru half day penat dia dah lain macam. Kaki nak start terhencut-hencut dah. Abah :(

Selesai urusan kat Marina Bay perut dah start berkeroncong, so terus shoot naik MRT pergi Arab Street nak isi perut. As usual, ZamZam Restaurant jadi pilihan. Walaupun kedai full dengan manusia, Alhamdulillah tak perlu Q nak dapat seat. Kitorang pilih chicken beriyani and beef murtabak + chicken murtabak. Yummy!




Perut dah kenyang, jangan lupa pulak solat walaupun kat tempat orang ya adik-adik. Lagipun Masjid Sultan tu betul-betul depan ZamZam Restaurant ni. Moh lah kite solat and rehatkan kaki yang hampir patah. Lepas dah recharge, jom sambung jalan lagi.

At Arab Street:





Pastu jalan depan sikit jumpa Haji Lane. Ala-ala art street Laman Seni S7 la. Hahahaha.






Pusing punya pusing sampai waktu Asar dah. After selesai solat, sambung jalan lagi kat Bugis Street. Tapi sebab kaki dah penat and memang dah plan takde benda nak di shopping pon, so jalan sikit je kat Bugis Street dengan Wanie. Surie + Fatin + Atiqah pusing habis kot Bugis Street. Kat sini kalau nak beli keychain ke fridge magnet or t-shirt memang lagi murah la harga and lagi banyak choice compared to Arab Street.


Habis jalan kat Bugis Street ni around pukul 6pm so terus ambil MRT pergi Orchard. Misi utama nak beli macaron Laduree kat Takashimaya as requested by Puan Umisyuhada. Yep, this is the same macaron yang I makan masa kat Osaka haritu. Memang sedap la, not so manis. Tapi harga dia? Mak aii..Kat Osaka haritu seketul 300-400 yen. Kat Singapore? Nanti kite tengok ya.


Variety of macaronss...
Eksaited choose flavours.
Jeng jeng jeng harga dia...

GULP! 8 ketul = $40
Bukti pembelian! LOL

And sempat posing depan ION Orchard walaupun hari dah nak gelap time tu.




Before balik, solat Maghrib kat dalam Takashimaya Orchard. Alhamdulillah dalam mall ni ada satu surau kecil disediakan. Takashimaya ni ada 2 tower, surau tu kat Tower B okay kawan. Jangan macam kitorang, masuk Tower A cari tak jumpa2. LOL. Pas dah solat tu, pergi balik ke Orchard Station and refund tourist pass tu dapat $10 balik. Then beli tiket harga $2.50 balik ke Kranji. Sampai kat JB Sentral around pukul 9.

Alhamdulillah, walaupon adhoc plan tapi semua smooth je. Dah la gamble tak bawak payung nasib masa kat Garden by the Bay tu hujan kejap je. And thanks to Cik Fatin yang bertindak sbg tour guide tak berbayar, Hehehe.. Ngaseh2. Trip ni memang trip bajet sangat la. Kiranya kalau nak pergi (tolak shopping) kena sedia dalam $40  je untuk ticket and makan. 

Total cost:
Ticket bas CW1 : RM 1.50
Ticket MRT ke Raffles : $2.50
Tourist pass : $20 (refund $10)
Ticket MRT balik Kranji : $2.50
Ticket JB Sentral : $1
Chicken Beriyani + Iced Tea : $ 7.50
Murtabak : $10 (share 5 orang)
Fridge Magnet : $2

Murah kan kan.. So sape nak pergi, roger la. Meh I tlg jadi tourist guide. Hehehe..