Monday, 8 December 2014

Perth Travelog : Part III

Hahahaha.. *evil laugh please* Hiatus mode hanya bertahan seminggu. Cett sungguh kan. Lari kejap sebab nak update Perth travelog. Aci much?

Okay jom sambung ceritera Perth bahagian ketiga. Third day ni kitorang dah tak gerak naik kereta sewa, naik cuba public transport pulak. Ok bila kita pergi negara orang, try public transport dorang is a must. So sementara tunggu my brother in law hantar kereta sewa tu, kami posing-posing dulu kat Perth City ni. Sejuk gila weather pagi-pagi ni. Around 11 degree kot. Time tu hari Sabtu, so jalan tak se-busy semalamnya.

Auntie mithali : with Insyirah + Irsyad

Fefeeling winter katenya..


Bila Abang Is dah sampai, kitorang terus jalan ke nearby Perth Train Station. Mula-mula kena beli tiket yang harga dia around AUD 11. Satu tiket ni boleh travel semua jenis bas/ train untuk satu hari.

Cik pelancong tengah beli tiket
Destinasi kitorang pada hari kedua ni ialah Fremantle tapi nak dijadikan cerita, boleh pulak line train ke Fremantle tu under construction. So nak taknak, kena la naik bas ganti tu. Tapi bas dorang bukan macam bas awam kat Malaysia ni, bas dorang pun ala-ala train jugak. Selesa je sepanjang perjalanan.

Lepas travel around 45 mins la jugak kitorang pun sampai kat Fremantle Port. Turun bas je rasa angin sejuk dia. Weee..ai is happy. So dah kate vacation ni, vacation tumpang kan, I pon follow je la le sis. Sampai je kat Fremantle terus menapak ke E-Shed Market which means its shopping time. 

Mula masuk, pusing-pusing rasa mcm tak banyak je kedai tapi dekat 3 jam jugak la habis kat situ. Rambang mata woii pilih sourvenier. Serius memang tak sangka harga keychain, tshirt, sweater dia much much murah dari yang expected. Bayangkan la satu tshirt boleh dapat around AUD 5, murah tak murah? Plan asal cuma nak beli satu sweater and satu patung kangaroo for myself + few fridge magnet for close friends, last-last banyak jugak la yang dapat dibeli (fridge magnet, patung koala, keychain, t-shirt, sweater, tote bag). Sambil shopping tu sambil merayu kat le sis nak tumpang baggage dia since ai tak beli baggage untuk balik nanti. Hihihi..



Lepas dah shopping macam orang gila, sambung lagi jalan nak lunch fish & chip katanya. Jalan kaki around 15 mins jugak la dari E-shed market ke tempat fish & chip tu. Sampai situ tengok agak penuh la sebab Kaili's Fish And Chips ni famous kat sini. So lepas dah chop meja, me and my sis pergi beratur order fish and chip. Macam-macam set ada, rambang mata la jugak. Harga satu set around AUD 14-20 tak termasuk drinks ya kawan-kawan.

Senarai menu kat Kaili's


Hot Mocha is a must!

Deco kat dalam Kaili's
Lepas perut dah kenyang, otw ke tempat bas nak balik ke Perth City, singgah Esplanade. Kat sini ada Ferris Wheel, tapi walaupun saya memang peminat no 1 ferris wheel tak naik pun sebab kejap je kat situ, nak rush balik Perth City sebab tak solat lagi kan.


Pas balik hotel, mandi + solat + rest around pukul 8pm kitorang keluar balik for dinner. And berjaya hasut Cik Inci stay kat bilik I. Nak biasakan dia jangan asik nak melekat je dengan parents dia. Hehehe. Make over Cik Inci jadi little Cik Vivin. Hehehe.


Malam tu kitorang lunch kat Restoran Love & Care: dorang serve makanan Melayu kampung macam sambal tumis udang, telur dadar, ayam kari dan sayur kubis. Owner kedai ni orang melayu Singapore rasanya. Lapaq kemain tak sempat snap makanan. Hehehe..


Pas jalan-jalan area depan hotel, kitorang pun balik bilik since nak kena packing untuk balik. Waaa kejap je kat sini kan. So jumpa next entry, last day at Perth!

Teman sekatil. Hehehe :)


No comments:

Post a Comment