Wednesday, 17 December 2014

Osaka Adventures : Namba + Umeda

Jom sambung entry pasal Osaka jom sementara tunggu Syaza abes discussion. Hahahaha alasan sungguh. Okay back to the story. Start second day kat Osaka tu baru kitorang (read: me, Dayah, Kak Norly) jalan-jalan. Dayah dah pernah dtg Osaka time winter aritu, so dia dah terer la jugak jalan Osaka ni. Tempat first yang dijejaki is Namba. Sini famous untuk orang suka shopping. Kak Norly happy la pergi tempat camni. Plus dah kerja and berduit kot. LOL. Please note that time ni bulan puasa tau, tegar tak tegar jalan-jalan dalam panas buta. Sobss..

Antara kedai-kedai yang ada kat Namba :





Baru jalan berapa meter, dah start berpeluh. Suhu dekat 37 degree kot masa ni *pengsan*. Masuk mall kejap, curi aircond. Hahaha. Motip sangatt. Nampak kedai macaroon, stop lagi. Padahal kat Malaysia tak pernah makan pon. Batak!


Variety of macaroon

Dah puas 'sedut' aircond, sambung jalan lagi. Maybe sebab time tu summer and puasa pulak tu. Penat dia lain macam tau. Tapi posing tetap posing.

Shot wajib kalau datang Osaka!

Kipas sentiasa kat tangan. Panas panas panas.


So dah puas kitorang (read: Kak Norly + Dayah) shopping baju + perfume, dah nak dekat buka time pon. Almost 3 jam jugak la pusing satu Namba-Shinshaibashi ni. So terus pergi Partyland untuk berbuka. Buka kat kedai frozen yogurt woi.


Me - Dayah - Kak Norly
Sempat tapau takoyaki kat Shinshaibashi

Pas dah berbuka tu memang fully recharged la. Sanggup je kalau nak pusing satu Namba-Dotonbori-Shinshaibashi balik. Over sangat. Then malam tu kitorang jalan-jalan kat Yodobashi Umeda. 


Kat sini famous kalau orang nak beli barang elektronik : handphone ke, kamera ke, laptop ke. Tapi kitorang datang sini ada misi lain : nak makan spagetti ketam kat La Capricciossa kat level atas sekali tu as recommended by Syafiq + Aker.

Muka lapaqqq
Spagetti Ketam Large Size
Seafood Pizza
Actually that day wasn't the only time kitorang turun Namba-Umeda. Few days pastu time 1 Syawal time orang sibuk makan lemang ketupat, me and Kak Norly decided to revisit Umeda. Tapi time ni Dayah dah balik Malaysia sebab cuti beliau dah habis. Second time ni kitorang turun kat Umeda Station and jalan ke Umeda Skybuilding. Sesat-sesat jugak la nak cari building ni tapi Alhamdulillah sampai jugak. Agak jauh jugak la nak jalan dari Umeda Station.

Umeda Skybuilding
Tinggi building ni about 173 meter: consists of two main tower and connected to each other at 39th floor. Ala-ala KLCC la kot. Tiket nak naik Umeda Skybuilding ni costs 700 yen. Nak naik ke tingkat Floating Garden tu, kena naik escalator yg panjang gila, kiri kanan dinding transparent. Ya Allah, seram kemain. Dah la aii ada escalatorophobia. *nanges*

Escalator yg tak nampak penghujungnya *gigil*



Take 5 kat Cafe dalam tower ni. Surprisingly harga drinks and foods kat sini tak mahal, sama ja macam kat kedai-kedai tepi jalan yang lain. Amazed kejap.

Cafe Sky 40
Iced americano sambil tengok sunset
Sebelum turun, singgah sourvenier shop. Tak beli, tengok je mampu.


Kanak-kanak batak cermin
Okay laa tu je kot untuk entry Namba-Umeda. Nanti sambung cerita pasal tempat lain pulak okay bila dah start rajin and malas nak buat kerja. Hihihiks. Till then, babai :)

No comments:

Post a Comment