Monday, 22 December 2014

Osaka Adventures: Kyoto

Konichiwa readers..

Jom sambung entry Jepun since internet Yes4G kat hostel saat ini sangat la laju. Maybe sebab sekarang tengah study week: ramai student study ambik kesempatan balik rumah. Yeay! Good news untuk kakak-kakak yg takde cuti ni.

Untuk entry kali ni nak cerita pasal Kyoto. Sebelum Tokyo jadi capital city for Japan, Kyoto ni la ibu negara Jepun but it was so long ago. Kyoto ni located at Kansai region and a major part of Osaka-Kyoto-Kobe region. Begitulah lebih kurang history pasal Kyoto ye, tak banyak yang I tahu. Maaf ya.

Out of 15 days kat Osaka, I was going to Kyoto City for 3 times. The first time was with Dayah and Kak Norly on my third day at Japan. As usual, kitorang gerak dari Minoh Station. From Minoh, we changed train at Ishibashi Station (Hankyu-Takarazuka Line heading to Umeda) and stopped at Juso station. From Juso Station tu ambil train ke Makiochi Station. Tadaa sampai laa ke Kyoto city. Perjalanan lebih kurang 1 jam setengah la by train.

Kat Kyoto ni famous dengan tempat traditional macam old castle, shrine, temple etc. Kat sini korang boleh beli one day pass costs 500 yen and boleh naik bas pusing satu Kyoto. Untunglaa untuk orang yang memang datang nak pulun jalan-jalan. Kalau tak beli pass ni, dont worry. boleh jugak ride bus dia tapi kena bayar 250 yen per ride. First time pergi Kyoto tu, kitorang sampai around 4pm. Kat station tu ambik few pamphlet and map utk tgok tempat yg best + no bus + tempat nak naik bus. So bila turun bas sampai kat Nijo Castle tu dah tutup pon. Frust la jugak, susah payah tau datang. So sebab frust kitorang bantai la amik gambar kat longkang depan castle tu before going back to Kyoto city.



So dari Nijo Castle, naik bus again back to Kyoto city. These buildings caught my eyes as we get off from the bus.




And if you plan to buy sourvenier, Kyoto la tempatnya. but, terkejut gila dengan harga sourvenier kat Japan ni. Tshirt biasa yang I love Japan tu pon costs around 1000 yen, keychain biasa tu satu around 300 yen *nanges*




 Antara kedai-kedai sourvenier yang ada kat Kyoto:



Lepas dah borong sourvenier lebih kurang, nak sampai pon waktu buka. So that day we decided to buka kat kedai fast food First Kitchen. Dah tanya aker, dia kata boleh makan tapi yang shrimp je la. Ayam is no no no okay.


And before balik tu singgah Baskin Robbins. Hah, if you go to Japan/Korea makan BR is a must! Sebab apa? Kat sini sangat murah compared to kat Malaysia. 4 scoops only 500 yen (RM15). Murah kan.


The second time I went to Kyoto, I pergi sorang. Time ni dah raya ke berapa tah. Both Dayah and Kak Norly dah balik Malaysia time ni. So still Aker masih dalam pantang + Syafiq pergi lab, kena la jalan sorang. Kalau duduk memerap kat rumah bosan la pulak kan. Second time ni I keluar awal sikit. Tapi taklaa awal sangat, pas Zuhur jugak lebih kurang. Sampai Kyoto, again lunch kat First Kitchen. Ingat second time ni nak try kedai udon tapi tak jumpa pulak. So sebat je la apa yang jumpa.

Lunch sambil study map. Alone :(
Lepas dah isi perut terus naik bas pergi Nijo Castle yang tak dapat masuk before ni. Nak tambah dramatik time tu hujan renyai-renyai. Tapi syukurlah tak lebat. Memang naya je! Tiket masuk Nijo Castle ni 600 yen.

View dalam Nijo Castle. Waaa rasa macam balik zaman dulu kala tau.








Takde orang nak ambikkan gambar. Meh belanja selfie muka bulat. Erkkk


Orang cakap kalau dah sampai Kyoto ni, tak sah la kalau tak tengok shrine dia. Shrine ni ala-ala temple la jugak. Sebenarnya niat asal nak tengok Fushimi Inari Shrine yang famous tu tapi since tak yakin nak kena naik bas mana so main sebat la choose any shrine yang ada dalam map. Ni pon main try and error naik bas. Hahahaha. Nasib sampai jugak ke Kitano Tenmagu Shrine : shrine yg dipilih randomly from map :-p






Serius blur masuk dalam ni. Tak tahu nak buat apa, awkward sangat-sangat. So snap pic lebih kurang and back to Kyoto City.

View from dalam bus. First class seat tu. Depan sekali. LOL.
Sampai kat Kyoto city, stop solat Asar kat fitting room kat dalam kedai area situ. Pastu sambung shopping sourvenier. Haritu time datang first time tak beli banyak sangat. Tshirt untuk abah pon lupa nak beli. Fridge magnet pon xbeli. And I telah menyambar sepasang kimono untuk kenang-kenangan katanya. Hee..tak ingat harga tapi pas convert around RM 120 jugak la. Takpe la, untuk kenangan.

Nilah kimono tu. I pakai time dinner ICGESH 2014 haritu. Comel tak? LOL. Boleh la PM sapa nak pinjam :-p



And kali ketiga datang Kyoto time bawak parents Syafiq nak beli sourvenier. Ayah Syafiq sampai Osaka few days before I balik Malaysia and mak Syafiq pulak datang time dengan Dayah haritu. Since Syafiq busy I volunteer la bawak jalan-jalan, Konon jadi tourist guide la tapi sesat jugak. Aiyarkk. Maap pakcik, makcik. Hehehe.

Parents Syafiq
OK. Panjang pulak cerita Kyoto ni. Ingat nak combined sekali dengan Arashiyama tapi ter-banyak pulak bebelnya. So as conclusion, sesapa yang turun Osaka tak lengkaplah vacation korang kalau tak singgah Kyoto. Ada banyak castle, temple and shrine kat Kyoyo Prefecture ni. Banyak lagi benda I tak habis explore kat Kyoto ni. Hurmm..mungkin kena datang lagi next time. Insya allah :)

Saturday, 20 December 2014

Khalida Hazwan Wedding

Salam and hye everyone..

Tahun 2014 dah nak hampir ke penghujungnya, Cuti sekolah pun dah lama start kan. Start ke? Erkkk..dah nak habis pon kot. So, dah jadi tradisi bila hujung tahun je berderet la majlis-majlis walimaturus kan. Sebagai gadis comel berusia 25 tahun, normal la kalau sorang demi sorang kawan mula bertukar status. Dari single kepada double. Dari gadis kepada isteri orang. Normal, sangat normal! Kenapa macam marah? Eh tak marah. Saja nak emphasize. Kuikuikui. Sepanjang bulan November-Disember, adalah dapat lebih kurang 6-8 undangan kahwin tapi maaf! maaf! maaf! Tak dapat nak attend semua sebab ada yang clash tarikh, ada yang clash dengan program semua. Mianhe tapi nanti kita kahwin datang tau, jangan boikot pulak. Hikss..but dont worry. Tak tahu lagi bila nak sampai my turn, calon suami pun tak tahu dia calon. Tolong bagi hint sikit kat beliau. Erkkk..ok merepek!

So lets start the wedding story with one of my bestie's wedding on 28 November 2014. Ahli kedua dalam group The Sailormoons yang telah selamat bertukar status.Welcome to #WanIdaWedding story people. Meet the handsome groom and beautiful bride :)

Hazwan + Khalida
Khalida a.k.a. Kellie ni I kenal since first year degree lagi sebab satu course. Tapi start betul-betul rapat time final year sebab duduk satu blok. Sangat cantik dan sopan orangnya, Tersangatlah ramai orang cuba usyar dia ni tapi semua percubaan gagal. Cuma Hazwan je berjaya mencuri hati Kellie. Ececece.. And time sama-sama sambung postgraduate, bertambahlah rapatnya kitorang. Tu yang tiba-tiba muncul group The Sailormoons : me + Syaza + Wanie + Kellie + Aker. Haishh nama tak boleh nak childish lagi ke??? Kellie ni sangat macam mak-mak tahu. Caring and sabar melayan kerenah I yg sangat-sangat la childish nya. Tak pernah marah, emo..cool je sentiasa. Kalau nak bermanja carilah dia. Konfirm dia layan. Rasanya bertambah-tambah rapat time tahun 2014 ni la. Aker dah pindah Jepun ikut Syafiq further study, Syaza pergi attachment kat Prague Feb-June, Wanie selalu dating outstation..hah Kellie la yang banyak layan and teman I. Pergi makan, hantar naik bas, buatkan hot milk + nestum every morning. Alaa..sentimental pulak jadinya. 

OK..nakmo emosi-emosi jum start belek gambar kahwin dorang. Bersempena wedding ni, le bride telah melantik seramai 10 orang sebagai le bridesmaids. Colour yang dipilih ialah purple time solemnization and mint green + pink time wedding reception. Sapa yang pilih colour yang gorgeous ni?? Mesti la le bridesmaids awesome yang pilih. Ehehem.. *masuk bakul*

Mira - Dayah - Umi - Bella - Syaza - Wanie - Awan - Bella - Evin - Syahidah
During solemnization day (28 November 2014) : Taman Cheng Jaya, Melaka

Muka nervous si bride-to-be
Dah tahu pengantin nervous,tetap nak mengepochi..


The Sailormoons minus Puan Aker yang tak dapat balik Malaysia :(


During reception day + Outdoor Photoshoot (29 November 2014) : SMK Paya Rumput, Melaka + Masjid Cina, Melaka









"Congratulations Khalida & Hazwan. Semoga perkahwinan yang dibina ini kekal sampai ke syurga dan berbahagia selalu."

Here is some short note for you sincere from bottom of my heart :

Bride and ME!

Dear Khalida, 

Thank you for being my loyal bestfriend for all this time, taking care of me as you taking care of your own child. I never said that I love you so much but you know that's how I feel right. We will not seeing each other as often before but I wish our friendship will last till Jannah. Be a good wife (insya-allah a mother one day) and I believe you will be the good one. Don't forget all of us, do keep in touch. Do pray for all of us that still struggling in here. Sobss.. Again, thank you for everything Puan Khalida. *The Sailormoons' group hugs*

Love and hugs, 
Evin Mohd Asri

Last but not least, here the only three Sailorgirls yang still single but not so available, well except yang paling kanan tu. Feel free to drop your resume okay :)

Syaza - Wanie - Evin

Wednesday, 17 December 2014

Osaka Adventures : Namba + Umeda

Jom sambung entry pasal Osaka jom sementara tunggu Syaza abes discussion. Hahahaha alasan sungguh. Okay back to the story. Start second day kat Osaka tu baru kitorang (read: me, Dayah, Kak Norly) jalan-jalan. Dayah dah pernah dtg Osaka time winter aritu, so dia dah terer la jugak jalan Osaka ni. Tempat first yang dijejaki is Namba. Sini famous untuk orang suka shopping. Kak Norly happy la pergi tempat camni. Plus dah kerja and berduit kot. LOL. Please note that time ni bulan puasa tau, tegar tak tegar jalan-jalan dalam panas buta. Sobss..

Antara kedai-kedai yang ada kat Namba :





Baru jalan berapa meter, dah start berpeluh. Suhu dekat 37 degree kot masa ni *pengsan*. Masuk mall kejap, curi aircond. Hahaha. Motip sangatt. Nampak kedai macaroon, stop lagi. Padahal kat Malaysia tak pernah makan pon. Batak!


Variety of macaroon

Dah puas 'sedut' aircond, sambung jalan lagi. Maybe sebab time tu summer and puasa pulak tu. Penat dia lain macam tau. Tapi posing tetap posing.

Shot wajib kalau datang Osaka!

Kipas sentiasa kat tangan. Panas panas panas.


So dah puas kitorang (read: Kak Norly + Dayah) shopping baju + perfume, dah nak dekat buka time pon. Almost 3 jam jugak la pusing satu Namba-Shinshaibashi ni. So terus pergi Partyland untuk berbuka. Buka kat kedai frozen yogurt woi.


Me - Dayah - Kak Norly
Sempat tapau takoyaki kat Shinshaibashi

Pas dah berbuka tu memang fully recharged la. Sanggup je kalau nak pusing satu Namba-Dotonbori-Shinshaibashi balik. Over sangat. Then malam tu kitorang jalan-jalan kat Yodobashi Umeda. 


Kat sini famous kalau orang nak beli barang elektronik : handphone ke, kamera ke, laptop ke. Tapi kitorang datang sini ada misi lain : nak makan spagetti ketam kat La Capricciossa kat level atas sekali tu as recommended by Syafiq + Aker.

Muka lapaqqq
Spagetti Ketam Large Size
Seafood Pizza
Actually that day wasn't the only time kitorang turun Namba-Umeda. Few days pastu time 1 Syawal time orang sibuk makan lemang ketupat, me and Kak Norly decided to revisit Umeda. Tapi time ni Dayah dah balik Malaysia sebab cuti beliau dah habis. Second time ni kitorang turun kat Umeda Station and jalan ke Umeda Skybuilding. Sesat-sesat jugak la nak cari building ni tapi Alhamdulillah sampai jugak. Agak jauh jugak la nak jalan dari Umeda Station.

Umeda Skybuilding
Tinggi building ni about 173 meter: consists of two main tower and connected to each other at 39th floor. Ala-ala KLCC la kot. Tiket nak naik Umeda Skybuilding ni costs 700 yen. Nak naik ke tingkat Floating Garden tu, kena naik escalator yg panjang gila, kiri kanan dinding transparent. Ya Allah, seram kemain. Dah la aii ada escalatorophobia. *nanges*

Escalator yg tak nampak penghujungnya *gigil*



Take 5 kat Cafe dalam tower ni. Surprisingly harga drinks and foods kat sini tak mahal, sama ja macam kat kedai-kedai tepi jalan yang lain. Amazed kejap.

Cafe Sky 40
Iced americano sambil tengok sunset
Sebelum turun, singgah sourvenier shop. Tak beli, tengok je mampu.


Kanak-kanak batak cermin
Okay laa tu je kot untuk entry Namba-Umeda. Nanti sambung cerita pasal tempat lain pulak okay bila dah start rajin and malas nak buat kerja. Hihihiks. Till then, babai :)