Thursday, 20 November 2014

Perth Travelog : Part II

Okay nak sambung last entry yang tergendala di tengah jalan. Sampai-sampai kat Perth Airport tu terus la rush to imigresen. Boleh pulak flight MAS KL-Perth sampai lebih kurang dengan flight I. Apa lagi, bersesak la kat imigresen tu. Tapi nasib la time ni dah dapat internet connection boleh la inform le sis I dah selamat sampai tapi message undelivered pulak. At that time le sis dah keluar hotel so obviously tak dapat la any internet connection. Takpe, time ni la nak guna sibling instinct. Hahaha. Banyak laa! Pas lepas imigresen, terus gi restroom berus gigi + basuh muka sebab le sis dah pesan, no singgah hotel. Sampai terus nak jalan. Hamik kau dengan tak mandi nya. 

Lepas berlegar-legar depan Perth Airport dalam 5 mins akhirnya jumpa la dorang and terus shoot ke Danish Patisseries for breakfast naik kereta yg disewa oleh mereka. I grab Shepherd's Pie and Mocha for breakfast. As natural reflex kat tempat orang mula la otak sibuk nak convert. Memang mahal la kalau convert tapi actually murah dah dengan harga sebegitu. Ok jangan tanya sebab dah tak ingat harganya.

Oscar's Danish Patisseries

Shepherd's Pie + Hot Mocha

Le sis yang kebuloq
Lepas breakfast, kitorang memulakan perjalanan ke Caversham Wildlife Park. Hah kat sini laa kalau nak tengok koala, kangaroo,wombat, wallaby segala tu. Lepas drop me + my sis + Insyirah + baby Irsyad, my brother in-law pergi park kereta. Turun keta je mula la I batak nampak so-called pinecone. Actually sampai sekarang I tak pasti yang I nampak tu pinecone ke bukan. Apaalaa!

At Caversham Wildlife entrance
Tiket masuk berharga AUD25 for adult and AUD11 for children. Percubaan saya nak guna student card tak berjaya sebab only Student Card Australia je diterima di sini. Means even foreign student tapi belajar kat Australia boleh beli tiket student price, student UTM? No no no..hehehe. Dah masuk tu, aii is excited nak tengok kangaroo tapi since kangaroo dilepas bebas cenggitu je, I berani pose dari jauh je. Dasar penakut! 


Dekat sini sempat la tgok 2-3 show and photo shoot dengan incik wombat.



Incik Koala!


With incik wombat

Lepas pusing-pusing dalam 2 jam jugak la, kitorang singgah pulak Margaret River Chocolate Factory. Rambang mata woii tengok variety of chocolates. So i sambar la 2-3 ketul chocolates. Kat sini kena tanya orang tu which yang boleh makan, which yang tak boleh, bukan boleh pakai sambar je. I tertarik dengan green tea choc ni tapi orang tu inform, "this one have wine" sebab dia nampak I pakai tudung  kot. Nasib baik! Pastu terus paranoid, sume choc I tanya ingredients dia.


Tiga ketul chocolate yang sempat disambar
Then, sebab dah lapar weollss pon gerak ke Perth City cari tempat makan. Kat Perth ni tak susah nak cari makanan halal and as suggested by my sis kitorang nak pergi makan kat this one restaurant Turkey ni. Tapi pusing punya pusing so last2 makan kat Nando's je. Boleh la. Perut dah lapar, iolss ok jek. Lepas makan, kitorang solat kat parents room kart mall area situ. Selesa, sangat spacious.

After that, we continue our journey to King's Park. Kat sini kita boleh nampak view satu Perth City habaq hang.




Dah puas photo shoot, balik hotel and mandi laa setelah lebih 24 jam tak mandi. Hahaha keji!. Btw, kitorang stay kat Criterion Hotel, location hotel ni strategik la sebab terletak kat tengah Perth City. So pas solat jamak semua, kitorang keluar balik untuk menghirup udara segar Perth katanyaa.. That time dalam pukul 9 pm kot tapi almost semua kedai dah tutup. Since takde benda nak dicucikan mata, kitorang pun balik hotel for recharge energy for next day. Oritey, see u in next entry. Babai..

No comments:

Post a Comment