Sunday, 16 November 2014

Perth Travelog : Part I

Hello everyone..!

Again!Cerita ni sangat-sangat la dah basi nya baru terhegeh nak update. Takpe, start from now gonna make my blog as my diary. Some-thing akan left forgotten in future, at least bila letak kat sini boleh la tengok-tengok balik sambil throwback cerita lama. *auwww*

Trip to Perth ni actually my sis, Kak Uji and her little familia punya vacation. Sesaja saya nak menyibuk kan. So it was started with one day in January : just me browsing AirAsia website and saja gatal tekan tiket KL-Perth-KL on same date Kak Uji akan travel. Terkejut tengok harga tiket yang agak murah la compared to normal rate. Kak Uji akan travel on 29 May - 1 June 2014, so tiket murah yang I jumpa ni 30 May - 1 June. So kiranya kalau jadi, I akan pergi alone la cuma balik je dapat satu flight with le sis and familia. So apa lagi, terus watsapp my sis and mintak opinion. Biasa la jawapan dia "sukati la", "aritu ajak takmau ikot", "ko bayar sendiri kan semua". Hahaha.. So, malas nak pikir panjang + sebelum harga tiket berubah, teruslaa I sambar tiket AirasiaX KL-Perth-KL dengan harga RM 700. Lagipun nak pergi 3 hari je, tak payah nak beli baggage segala, bawah backpack sudah. Murah tak murah? Murah gila kot!

So, untungnya tumpang trip orang ni is kita tak payah serabut-serabut nak pikir nak book hotel, transport and itinerary segala sebab semua dah disetelkan oleh le sis. Even daftar ETA Visa pon le sis yang uruskan. I just transfer duit je ke beliau. Kerja I cuma tukar duit + packing baju. Itupun semua last minute. So Syazeven!

After few months counting days (siap sempat gi Jogja kot dalam tempoh tu), sampai laa ke hari nak fly. At that time Kak Uji and family dah selamat sampai kat Perth. I pulak masih kat JB, actually dah beli flight ticket JB-KL, tapi last minute rescheduled. So since I can't find other suitable flight on that day, terpaksalah I travel JB-KLIA2 naik Yoyo Bus dengan harga RM 59, naik kat Terminal Bus Tun Aminah. Tegar tak tegar? Please note that was the first time I travel alone. Tskk..

So sampai kat KLIA2 around pukul 7 pm terus cari surau. Please note again that this is the first time I jejak kaki kat KLIA2. Dah la besar, totally lost my mind. Time pergi Jogja haritu masih kat LCCT. So pas solat jamak, I pon rehat lebih kurang + tukar baju + charge phone semua. Around pukul 9 pm, baru naik atas. Lepas dah berjaya locate Departure Hall, dengan perut lapaq habaq hang terus pergi KFC isi perut. Haruslaa KFC kan and lepas siap melantak gerak gi Departure Hall and ready to board.

Post pic teaser kat IG sekeping is a must!
Alhamdulillah..semua perjalanan dipermudahkan. Dalam flight pon ok je and kebetulan seat sebelah I kosong, ape lagi kuak lentang time la! Tidur pon lena je and sedar-sedar dah nak sampai Perth dah and Kak Uji dah tunggu patiently kat luar Perth Airport tu. So sambung kat entry yang next la. Nak cerita full experience first day kat Perth dengan suhu 13-18 degree C. Till then, tataa..



2 comments:

  1. mak aihhh.ni bukan basi lagi.dah apa ekk.apa2 la.haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wekkk..i am busy girl la.oklaa,ter-update gak :p

      Delete