Wednesday, 12 November 2014

Ke Jogja Ke Kita : Part 3


Woohoo..panjangnya entry Jogja ni. Mula-mula ingat nak buat satu entry je tapi kang panjang berjela pulak. So takpela, kita buat 4 part. Hahaha. Terusss..

Ok Day 3 ni, kitorang tak keluar awal sangat so sempat la breakfast kat Hotel tapi menu dia tak kena dengan tekak kitorang. So makan je roti bakar dengan jem, sebab itu je boleh telan. Then after breakfast, Mbak pon sampai and terus la gerak ke Pantai Parangtritis. Jauh jugak pantai ni dalam 2 jam jugak la. So sampai kat sana, semua aktiviti macam nak buat. Sebab harga kat sana sangat berpatutan, so rugi la kalau tak try. So kitorang naik kuda + main ATV. Pasir pantai kat sini kaler dia hitam, tak putih macam selalu sebab abu letusan gunung berapi sampai ke kawasan ni. Lagi, memang takde orang mandi kat pantai ni sebab ombak sangat ganas kat sini. Pantai ni just untuk aktiviti and berjemur je.


ATV Ride!


Kuda oh Kuda!











Dah puas berjemur, kitorang balik semula ke bandar. Otw balik tu singgah dulu kejap kat Batik Rumah. Baru tahu Batik ni quite famous kat Jogja. Tapi i tak beli apa pun untuk diri sendiri, just beli 4 dress batik untuk anak buah tercinta (Insyirah, Damia, Darwisya). Hehehe..



Model Dress Batik Jogja
Pas Batik Rumah, kitorang singgah pulak tempat jual t-shirt Jogja and bakpia pathok. Bakpia ni famous kat Jogja and as far as i concern, cuma ada kat Jogja je. Dah tengok kat Bandung + Jakarta takde mende ni.Filling yang sedap keju, coklat and kacang ijo.Waaa..craving!


Ni la Bakpia!
Lepas tu, Mbak supir drop kitorang kat Pasar Beringharjo. Pasar ni ala ala Pasar Baru kat Bandung la. Ada jual kain pasang, telekung, beg, blouse, kasut dsb. Tapi rasanya kat Pasar Baru lagi meriah kot. Sini ada 3 lantai je kalo tak silap. Sambil tu kitorang lunch kat kedai nearby Pasar Beringharjo ni. Sebab dah lapar sangat, tak sempat nak snap gambar kedai. Hehehe..Pas makan sambung jalan-jalan kat pasar tu. Baru jalan tetibe rasa cam hari dah petang and terus la kitorang balik ke hotel and say bye bye to mbak supir yg sporting. Sebab sok last day dah tak pakai supir dah. 

Then pas solat kat hotel, kitorang keluar balik utk menikmati kehidupan malam kat Jalan Malioboro. Ada dua cara nak gerak kat Jalan Malioboro ni, 1. Jalan kaki dari hotel, 2. Naik beca. Murah je pun naik beca ni. bayar Rp 5000 je kalau tak silap. Tapi kalau tengok pembawak beca tu orang tua, tak sampai hati pulak nak naik. So, dah masuk malam ke3 kat Jogja, dah start bosan dgn makanan Sunda so malam last tu kitorang hunt KFC pulak. Dah nama KFC fans, sampai ke Jogja nak jugak kepsi. Tapi KFC kat sana tak sama macam Malaysia, set dia semua lain. Kebetulan masa kitorang pergi tu ada promosi : beli KFC percuma CD Cakra Khan. Apa lagi, terjerit2 I dgn Surie depan kaunter KFC tu. Hahaha..


Atiqah. Amelia. Surie

CD Cakra Khan!!

Pas perut dah kenyang, kita sambung shopping. Sebab ni malam last mula lah masing-masing borong sourvenier sakan. Surie total ade la dalam 3 beg dia sambar. Amelia pulak banyak beli untuk family dia. Atiqah paling sikit beli barang, dia jadi banker kitorang kalo tak cukup duit. Me? Just beli t-shirt, keychain and sambar 1 luggage pink. Hehehe..Pas shopping sampai nak patah pinggang + duit pun makin habes, kitorang pon balik ke hotel. Sebab barang terlampau banyak, terpaksalah naik kereta kuda. hehehe..So pas sampai hotel, packing and terus zzzz...


Ni baru sebahagian hasil shoppingan. 

No comments:

Post a Comment