Wednesday, 12 November 2014

Ke Jogja Ke Kita : Part 2

OK. Let's move to Part 2 pulak. Kemain tau rajin update blog padahal keja yg perlu disetelkan kemain banyak nya. Hehehehe. Takpe kan. Cheat day :)

Keesokkan harinya, kitorang bangun pagi buta sebab dah janji dengan supir pukul 7.30 nak start jalan. Luckily, Supir yang kitorang dapat tu perempuan so selesa la sikit since 4 of us perempuan. Alamak tapi lupa dah la nama mbak tu, kita panggil Mbak je la. Hahahaha sukati jek. First sekali kitorang dibawak ke Candi Borobudur. Boleh tahan jugak jauhnya, dalam 1 1/2 jam naik kereta. On the way ke sana tu Mbak cerita macam-macam pasal sejarah Jogja and sempat jugak tunjuk satu kampung yang musnah sebab terkena letusan gunung berapi few years back. Tragis.

So sampai kat Candi Borobudur tu kitorang terus beli tiket. Sebab masing-masing masih bergelar student (ehehem) so kitorang dapat diskaun student. Yeay! Tiket masuk dalam Rp 100,000 kalau normal adult Rp 200,000. 50% woi beza! Before masuk kawasan Candi, pelawat dimestikan pakai kain sarong. Tak pasti pulak sebab apa, just tanda respect kot. And before masuk, ada org tawarkan jadi tourist guide a.k.a tukang amik gambar. Tak ingat kena bayar berapa, tapi kitorang amik je sebab senang ade orang tunjuk jalan, taklah sesat dalam candi tu karang. Dan paling penting ada orang tolong ambilkan gambar. Hahaha itu misi sebenar!

Dengan bapak tour guide

Model Candi Borobudur

Posing sampai muntah.Hahaha

Baik-baik turun tangga :)


Lepas abis round kat Candi Borobudur tu, kitorang off to lunch. Lama jugak la berpusing2 dalam Candi tu, dalam 3 jam ada kot. So kitorang stop lunch kat sini. Recharge energy.




Lepas lunch, terus gerak ke Gunung Merapi, gunung berapi yang masih aktif kat Jogjakarta ni. Last time gunung ni meledak tahun 2010 kalau tak silap. Sebenarnya, before decide nak pergi Jogja ni kitorang berkira-kira jugak sebab beberapa bulan sebelum tu ada letusan kecil dari Gunung Merapi ni. Semua Candi ditutup sementara. Tapi Alhamdulillah, sepanjang kitorang kat sana semua ok je. Sampai je kat kaki gunung Gunung Merapi ni, kitorang terus sewa jeep. Huishh memang takla nak explore jalan kaki kan. Choyy!






Habis explore Gunung Merapi, kitorang gerak ke Candi Prambanan. Sampai jek sini, solat jamak dulu baru start masuk Candi. Beza dengan Candi Borobudur yang ada satu tapi besar, Candi Prambanan ni ada banyak tapi kecil-kecil. Plus, kawasan dia taklah seluas macam Candi Borobudur. Yang sama, still kena pakai kain sarong time masuk tu. And, again kitorang upah tour guide untuk ambil gambar eh bukan, untuk cerita pasal sejarah. Hehehehe.



Dah penat round Candi Prambanan, terus supir hantar balik ke Jalan Malioboro. Seperti biasa, before balik hotel kita makan dulu. Balik hotel, mandi sambung heart-to-heart semalam baru tido. Hehehe..


No comments:

Post a Comment