Wednesday, 12 November 2014

Ke Jogja Ke Kita : Part 1


Hello semua!

Cerita dah berabad tapi baru nak update. Hahahaha. Saje nak update jugak sebab kalau tak takut lupa since these are some of moments yang sangat best dalam 2014. Yeay me! Pergi Jogjakarta ni time 24-27 April 2014. Lama dah kan, baru terhegeh nak update.

Ok nak start dari mula macam mana boleh terlibat dengan #EscapePlanToJogja ni in the first place. It was all started with me! I am the one yg nak sangat pergi bercuti after retired PGSSFS. Tapi taknak tempat jauh sangat, dekat sangat or lama sangat. Demand kan? So since Bandung dah pernah pergi and kebetulan tiket Jogja agak murah time tu (not so murah la, about rm 300 return) so we decided to choose Jogja as our escape plan destination. Dah plan dari awal, tak nak ramai sangat join susah nak gerak. Dalam 4-6 orang oklaa. So after negotiate lebih kurang (berhari-hari jugak la nak decide nya), so the 4 of us je yg agreed (Me, Atiqah, Amelia & Surie). So bermulalah episod planning dari hotel, supir sampailah ke itinerary. Tapi mostly Atiqah and Surie je yang buat. I lepas book tiket flight terus jadi ahli lelap. Miahahaha

Our Flight Itinerary

Kitorang pergi 4 hari 3 malam. I think just nice kot duration ni, cukup nak cover semua tempat best kat Jogja. Flight kitorang dalam pukul 3 from KL. Since pergi tu kitorang tak ambil luggage, so pukul 12 tu baru kitorang gerak naik flight JB-KL. Kebetulan ada tiket murah time tu, so sebat je la. Sampai around kol 1, solat jamak, jumpa Amelia and terus heading to Departure Hall. Perjalanan KL-Jogja ambil masa dalam 1 jam setengah so dalam pukul 5 kitorang safely touch down kat Lapangan Terbang Adisucipto, Jogjakarta.

Sempat posing lepas touch down!


Getting ready to excited!

Dari airport kitorang terus ambil teksi pergi Hotel Gloria Amanda. Kitorang pilih hotel ni sebab dia located at Jalan Malioboro iaitu tempat yang famous untuk shopping. So after check-in, solat and mandi semua, kitorang keluar balik untuk cari makan untuk dinner. Lapaq kemain la sebab dalam flight tak order makan konon sejam je kot, pejam celik dh smpai. Hahahaha nyesal wei! So malam first tu kitorang makan dekat Warung Lesehan. Kat sepanjang Jalan Malioboro ni memang banyak warung lesehan, menu semua lebih kurang je so pilih je la mana berkenan di hati. Kat warung ni kita makan bersila tau, takde kerusi. Hah! Itulah uniknya Warung Lesehan ni. Menu pulak menu Sunda. Tahu tak menu Sunda tu apa? Ala yg macam ayam penyet tu.

Selfie before tunggu makanan sampai

Tangan tu tak lepas dari bebek bakar!

After dinner, kitorang jalan sikit survey-survey kat Jalan Malioboro and terus balik hotel. Nak kumpul tenaga untuk jalan-jalan esok. Tapi dekat pukul 1 jugak la tido, sibuk heart to heart. Miahaha. OK, wait for Part 2 ya :)




No comments:

Post a Comment