Thursday, 27 November 2014

Osaka Adventures : First Story

Hey there reader,

Ececeh..hurm finally diberikan jugak kesempatan nak update pasal Osaka. Padahal entry Perth aritu tak siap lagi. So Syazeven tau buat kerja separuh jalan and lompat-lompat. Hahaha. Seperti yang sedia maklum, untuk yang dah tahu dan untuk pengetahuan semua, untuk yang tak tau, last August I diberi peluang oleh diri sendiri untuk exploring Osaka, bumi Doraemon. Eh ye ke? Bukan Tokyo ke bumi Doraemon. Bantai la kan, hahahaha, I spent amazing 15 days there (from 24 July - 7 August 2014). Time tu hujung-hujung puasa nak ke raya. Saja la kan nak fefeeling raya obersea. Miahahaha. 

So how all this adventures idea started? Kebetulan nya kan my bestie Puan Akmaliah memang dah stay kat Osaka with her husband since September 2013. Time Aker balik Malaysia hujung tahun lepas, we found out that she's pregnant and she said she will deliver her baby there plus berpantang sekali. So that time la I got this wild idea nak spend time kat Osaka while visiting them + the baby. And I started to survey tiket Airasia KL-KIX and luckily one day in April 2014 while browsing Airasia website, I found ticket dengan harga total including luggage + meals around RM800 returns. Quite okay la kan. So takut harga tiket naik lagi, so terus je beli on the spot. After that, Aker inform her sister, Dayah + her aunt, Kak Norly akan join jugak trip to Osaka tu. So lega la sikit, at least ada geng nak jalan-jalan kan. Ye la, dah nanti Aker berpantang segala boleh pulak kan nak bawak jalan kan. Mesti la tak. 

As I mentioned before, I went there for 15 days so kalau nak cerita hari by hari memang takla kan. Tak memasal sampai 15 Part. So untuk entry kali ni nak cerita pasal first day experience kat Osaka and some general into about Osaka. Expenses kat Jepun memang sangat mahal. I bawak around RM 2000 je kot tapi nasib baik dalam purse ada duit AUD baki balik Perth aritu. So total up including flight semua, I spent about RM 3500 la for this trip. Sepanjang 15 hari kat Osaka memang I duduk menumpang kat rumah Syafiq + Aker. So dah sangat jimat la kat situ plus makan pon ada tumpang sikit. Hehehe. Thanks korang *korean bow*.

Back to the story, actually Aker was scheduled to deliver her baby someday in August, tapi tiba-tiba ter-give birth awal (17 July 2014), a week before I datang. So Dayah and mak Syafiq kena la pergi awal ke Osaka, two days after Aker bersalin. And a week after that, me and Kak Norly menyusul pulak. Flight kitorang on 24 July was scheduled at 1.00 am tapi delay sampai 5.00 am. Duhh..dah la bagitau delay tu time I dah sampai KLIA2. Finee..

Alhamdulillah, safely touch down kat Kansai Airport around pukul 11 waktu Jepun. Time ni Dayah dah standby kat situ. Both me and Kak Norly first time sampai Osaka, so semua benda taktau. Tapi insya-allah kalau pasni datang lagi Osaka dah boleh dah nak gerak sendiri. Eceh! Time tu temp about 34 degree kot, tengah puasa pulak tu. Pheww.. So dari airport naik bas ke Hotarugakei Station. Sampai Hotarugakei baru naik train to Minoh, rumah Aker + Syafiq.

View dari dalam bas. Asal boleh!
Rumah Syafiq + Aker ni I taktau nak categorize kan apa. Flat ke, apartment ke hahaha but you know la usual Japanese house yang tingkat-tingkat tu. Rumah dorang atas sekali, level 5. Nice view tapi tang naik tu sedikit tak larat la. Oh btw, rumah-rumah kat Jepun ni kalau lebih 5 tingkat baru ada lift okay so jangan nak manja, exercise sikit. 



Sampai tu, solat then terus tido sebab terlampau penat. Dah dekat buka puasa baru bangun. Keji! So first day tu takda pergi mana pon, just malam tu Syafiq bawak kitorang pusing Minoh pergi supermarket. Pergi supermarket pon dah amazed semacam. *facepalm*

First Ice-cream in Osaka!
Dekat Osaka ni kalau nak travel by train senang ada ICOCA card, macam TnG la function dia. So sapa-sapa nak pergi sana better beli benda ni. But since Aker and Syafiq ada 3 kad ni, so I borrowed from them je. Just topup je everytime naik train. Train line kat Osaka ni tak macam kat Seoul, swap kad boleh pergi anywhere yang in that line. Tidak okay? Line train Osaka sama macam kat Malaysia, ikut jarak. Meaning lagi jauh kita pergi lagi mahal fare nye. Paham?


Minoh Station



I guess that's it for now kot. Nanti ada masa I update lagi pasal tempat yang I pergi masa kat Osaka haritu. Not sure when tapi memang akan update for my keeping. Untuk kenangan, anak-anak nanti nak baca. Miahahaha. Till then, xoxo.

Wednesday, 26 November 2014

The Cave JB

Hello chuolsss..

Lately macam dapat idea nak transform blog ni jadi blog JJCM. Sebab aktiviti JJCM dah jadi macam ritual mingguan. Miahahaha kemain kan. So, untuk this time I nak share one of tempat makan syiok and sangat highly recommended kat area Johor Bahru ni, which is The Cave JB. Kenapa nama dia The Cave? Sebab decoration kedai dia serius memang ala-ala makan dalam gua. Gichhew. The Cave ni located at Jalan Kolam Air kat area Nong Chik tu. Ala dekat dengan D'terrace Steamboat & Malay Village tu. Tahu nggak? Google Maps please. Hahahaha.

Nak kata I sangat la berpuas hati dengan menu-menu kat sini, dah banyak kali tahu I makan sini. Hihihiks.. TQ to Mr Zuar yg kenalkan tempat ni *korean bow* So since that day, kalau ada orang ajak teman makan or recommend tempat makan best, memang I akan bawak sini. 

Rasanya dah 5 kali kot datang, the first time was with Zuar, Awan + Atiq, 

Le Syazeven

Atiqa Nadia

Awanis

Second time dengan Farah Izzati + Afiqah, Time ni konon-konon celebrate Farah habis degree. Hehehe..

Farah - Afiqah - Evin

Me + Turkey Carbonara

Berlakon stadi menu. Cettt

Chocolate Lava for dessert

Then time lepas viva-voce Awan

Bella sengal


Mushroom soup + Garlic bread

Awanis - Fatin - Myam - Atiqah

Tapaham nape suka sangat posing dengan menu -_-

Nachos!



Then pergi lagi time buka puasa dengan Siti, Afiqah, Afiq and Akmal. Time ni takde amik gambar. Sebab buka puasa, masing-masing kejar masa. Katanyeee..

And lastly pernah bawak Dayah sekali. Time ni kitorang plan nak gi Big Food tapi tah camne I ter-pergi semalamnya dengan orang lain. Hahaha. Boleh pulak kan. Nasib Dayah tak kesah. Pheww, nampak tak betapa suka nya I kat tempat ni. Eceh!

Yang ni memang my all-time favourite menu kat sini : Signature Grilled Beef Steakburgers..


Close-up version :)

And here are my Top 4 favourite menu here. Highly recommended:

1. Signature Grilled Beef Steakburgers
2. Turkey Carbonara
3. Chicken Cordon Bleu
4. Nachos

Hurm..so conclusion nya, The Cave ni one of place yang I rasa berbaloi untuk try and sangat kena dengan tekak I. Harga dia reasonable, setakat ni semua menu yang I try sangat puas hati plus kuantitinya just nice: not so banyak,not so sikit. So rasanya tu je kot pasal The Cave. And I am so excited nak share pasal tempat makan best yang lain lepas ni especially area JB. So, jumpa next time. dalam entry JJCM yg lain. Eceh! Bye :)



Tuesday, 25 November 2014

Thursdate with Them

Assalammualaikum semua..

Ok this is just a quick update. I am all excited sebab khamis lepas dapat jumpa kawan-kawan sekolah menengah (read: Affaf Musfirah & Fatin Fazreen). Kebetulannya memang Abah suruh balik Tg Karang kejap so ambil kesempatan la hangout with these two creatures, plus Fatin memang ambik cuti hari Khamis tu, and Affaf ada kat Meru. So yeay me! Sampai Klang around 3 pm, pas solat semua Fatin terus fetch bawak pegi lunch. Hihiks Cik Paten tau-tau je I suka #ProjekJJCM kan, terus bawak lunch kat Cotton Craft area Seksyen 13 Shah Alam. As usual restoran cenggini served western food je which is my favourite.



Cik Paten + Cik Effatin. Boleh?

Kegembiraan terpancar bila depan makanan

The food was delicious and highly recommended. Tengs Cik Paten bawak kite and belanja kite. My tummy thanks you, a lot! Pas makan, weolss off to Laman Seni Seksyen 7 pulak. Serius sangat fefeeling tourist tau. Semua benda nak tengok, nak explore. Padahal IC 10, bak kata Cik Paten. Hahaha. Mula-mula cam segan jugak nak posing kan tapi dah semua yg datang Laman Seni ni masing-masing memang camwhoring, so join je la apa lagi. Kesah pulak kan?








Pas dah puas posing, dah almost lewat petang. So gerak ke AEON Bukit Raja. Serius dah dekat 6 tahun kot tak datang sini. Padahal kat sini la tempat lepak zaman dulu. Dulu mana ada SCM, Aeon Bukit Tinggi semua. Sini pon dah heaven dulu. Kat sini cari hadiah untuk mommy to be, Puan Affaf kite. Pusing punya pusing, discuss punya dicsuss, we decided to buy a bag for le mommy to be + le baby. Then, we rush to Setia City Mall to meet Affaf. Time solat maghrib, boleh plak terjumpa kat situ. Apa lagi buat kecoh la kat surau padahal orang kiri kanan sibuk nak solat. ishh isshh ishhh,.dah tua kot masing-masing.
Quick meet up

Posing dgn baby bump!

Affaf - Evin - Fatin
So dah abis chit chat, gelak-gelak cam orang sewel kat SR tu sampai waiter tu sengih-sengih tgok kitorang, SCM pon dah nak tutup around 10 pm kitorang pon gerak la balik. Kejap je dapat jumpa tapi macam-macam cerita keluar. Malam tu I sleepover kat rumah Fatin tapi tak sempat borak apa-apa, I dah terlelap. Penat sangat kononnya. Erkk.. Btw, thanks Fatin for your hospitality. Nanti turun Klang, I dtg sleepover lagi k. Hikss..

Thursday, 20 November 2014

Perth Travelog : Part II

Okay nak sambung last entry yang tergendala di tengah jalan. Sampai-sampai kat Perth Airport tu terus la rush to imigresen. Boleh pulak flight MAS KL-Perth sampai lebih kurang dengan flight I. Apa lagi, bersesak la kat imigresen tu. Tapi nasib la time ni dah dapat internet connection boleh la inform le sis I dah selamat sampai tapi message undelivered pulak. At that time le sis dah keluar hotel so obviously tak dapat la any internet connection. Takpe, time ni la nak guna sibling instinct. Hahaha. Banyak laa! Pas lepas imigresen, terus gi restroom berus gigi + basuh muka sebab le sis dah pesan, no singgah hotel. Sampai terus nak jalan. Hamik kau dengan tak mandi nya. 

Lepas berlegar-legar depan Perth Airport dalam 5 mins akhirnya jumpa la dorang and terus shoot ke Danish Patisseries for breakfast naik kereta yg disewa oleh mereka. I grab Shepherd's Pie and Mocha for breakfast. As natural reflex kat tempat orang mula la otak sibuk nak convert. Memang mahal la kalau convert tapi actually murah dah dengan harga sebegitu. Ok jangan tanya sebab dah tak ingat harganya.

Oscar's Danish Patisseries

Shepherd's Pie + Hot Mocha

Le sis yang kebuloq
Lepas breakfast, kitorang memulakan perjalanan ke Caversham Wildlife Park. Hah kat sini laa kalau nak tengok koala, kangaroo,wombat, wallaby segala tu. Lepas drop me + my sis + Insyirah + baby Irsyad, my brother in-law pergi park kereta. Turun keta je mula la I batak nampak so-called pinecone. Actually sampai sekarang I tak pasti yang I nampak tu pinecone ke bukan. Apaalaa!

At Caversham Wildlife entrance
Tiket masuk berharga AUD25 for adult and AUD11 for children. Percubaan saya nak guna student card tak berjaya sebab only Student Card Australia je diterima di sini. Means even foreign student tapi belajar kat Australia boleh beli tiket student price, student UTM? No no no..hehehe. Dah masuk tu, aii is excited nak tengok kangaroo tapi since kangaroo dilepas bebas cenggitu je, I berani pose dari jauh je. Dasar penakut! 


Dekat sini sempat la tgok 2-3 show and photo shoot dengan incik wombat.



Incik Koala!


With incik wombat

Lepas pusing-pusing dalam 2 jam jugak la, kitorang singgah pulak Margaret River Chocolate Factory. Rambang mata woii tengok variety of chocolates. So i sambar la 2-3 ketul chocolates. Kat sini kena tanya orang tu which yang boleh makan, which yang tak boleh, bukan boleh pakai sambar je. I tertarik dengan green tea choc ni tapi orang tu inform, "this one have wine" sebab dia nampak I pakai tudung  kot. Nasib baik! Pastu terus paranoid, sume choc I tanya ingredients dia.


Tiga ketul chocolate yang sempat disambar
Then, sebab dah lapar weollss pon gerak ke Perth City cari tempat makan. Kat Perth ni tak susah nak cari makanan halal and as suggested by my sis kitorang nak pergi makan kat this one restaurant Turkey ni. Tapi pusing punya pusing so last2 makan kat Nando's je. Boleh la. Perut dah lapar, iolss ok jek. Lepas makan, kitorang solat kat parents room kart mall area situ. Selesa, sangat spacious.

After that, we continue our journey to King's Park. Kat sini kita boleh nampak view satu Perth City habaq hang.




Dah puas photo shoot, balik hotel and mandi laa setelah lebih 24 jam tak mandi. Hahaha keji!. Btw, kitorang stay kat Criterion Hotel, location hotel ni strategik la sebab terletak kat tengah Perth City. So pas solat jamak semua, kitorang keluar balik untuk menghirup udara segar Perth katanyaa.. That time dalam pukul 9 pm kot tapi almost semua kedai dah tutup. Since takde benda nak dicucikan mata, kitorang pun balik hotel for recharge energy for next day. Oritey, see u in next entry. Babai..